Iklan Bilik Sewa Sekecil ‘Keranda’ Di Cheras Buat Ramai Geleng Kepala
Bilik sewa yang dikatakan sekecil keranda itu berharga RM300 dan terletak di Taman Maluri, Cheras.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Bila nak pilih lokasi tempat tinggal, memang kena fikir dari pelbagai aspek seperti jarak ke tempat kerja, akses kepada pengangkutan awam serta kedai untuk membeli barangan harian.
Zaman sekarang ini nak dapat bilik single dengan harga RM300 di kawasan Kuala Lumpur memang agak susah.
Tetapi siapa sangka seorang pemilik rumah baru-baru ini memuat naik iklan bilik sewa yang menjadi perhatian orang ramai.
Bilik single dengan harga RM300, tetapi saiz seperti keranda
Menerusi hantaran dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (@bunga), iklan bilik sewa single dengan harga RM300 di Kuala Lumpur itu dilihat terlalu kecil sehinggakan ada yang membandingkan saiz tersebut dengan sebuah keranda.
Selamat pagi kecuali owner rumah dekat kl yang sewa bilik macam ni 😂😂 pic.twitter.com/VHef9RMKs9
— bunga (@flwrsxB) July 31, 2022
Walaupun tidak diketahui siapakah pemilik rumah berkenaan, pengguna Twitter ini berkongsi beberapa maklumat tentang kediaman yang disewakan itu.
- Terletak di Taman Maluri, Cheras.
- Berhampiran dengan pengangkutan awam.
- Mempunyai pemandangan Menara Berkembar Petronas KLCC yang menakjubkan.
Pada masa sama, pemilik rumah itu turut menyediakan kelengkapan asas seperti kipas kecil di dinding dan sebuah tilam kepada bakal penyewa.
Orang ramai beri pelbagai reaksi dengan iklan bilik sekecil itu
Ciapan yang dimuat naik oleh pengguna Twitter berkenaan telah menarik perhatian orang ramai.
Rata-rata pengguna media sosial agak terkejut bila terfikirkan masih ada golongan yang ingin menyewakan bilik sekecil itu dengan harga yang tidak berpatutan.
Siap ada yang bergurau kononnya bilik tersebut serupa alam kubur tetapi dilengkapi alatan asas sepeti tilam serta kipas.
Alam kubur versi ada tilam dan kipas.
— Jalal Misai Akaun Baru (@jllmisai) July 31, 2022
Memang ikut size kubur ea?
— BangOoyeahh! (@Waibesocmed) July 31, 2022
Bagi percuma pun sya tak mau…dh serupa macam lubang kubur🤣🤣🤣
— Prince Yoshiro (@PrinceRayDauz) July 31, 2022
Walau bagaimanapun, ada yang meluahkan rasa kesal kerana realiti menyedihkan ini adalah perkara biasa di kawasan bandar. Katanya bilik sewa kecil dengan harga agak tinggi adalah perkara normal.
Shah Alam pun ada camni…kawan kte sewa 1 rumah ada 9 bilik dorg kecikkn camni tp owner bijak sikit dia letak katil n para letak buku n hanger atas kepala kalau jatuh nasib la nokk tp letak Rm300 still ada org nk sewa…sbb nampak cozy bole letak barang atas para n bawah katil😅 pic.twitter.com/oC77GkDR5c
— ρհⅈꪶꪮρꫝꪮ᥇ⅈꪖ ❤️🩹 (@pilofobhia) July 31, 2022
Penduduk KL tak lama lagi sama dgn Rakyat hongkong pic.twitter.com/ulFTBd9wan
— 🤤 (@miiirull) July 31, 2022
Ni besar sikit la dari liang lahad, semayang tu jaga jaga takut berlaga dinding
— syaf (@EncikSyfq) July 31, 2022
Melihat dari perkongsian orang ramai, bilik yang dikatakan sebesar kubur itu masih mendapat persaingan di pasaran.
Walaupun lokasinya agak menarik kepada mereka yang bekerja di bandar, tetapi siapa nak bayar bilik sekecil itu dengan harga RM300? Kalau harganya dikurangkan, mungkin ada yang akan menyewanya.
Biarlah rumah tak ada pemandangan KLCC sekalipun, yang penting selamat dan selesa.
BACA JUGA: [Foto] Pemilik Rumah Terkejut Rumah Sewa Bau Tahi Kucing. Pengotornya!
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.