Now Reading
Wanita 41 Tahun Hidap Histeria Maut Di Rumah Pengamal Perubatan Tradisional

Wanita 41 Tahun Hidap Histeria Maut Di Rumah Pengamal Perubatan Tradisional

Pihak polis juga telah menahan seorang wanita berusia 51 tahun yang bertugas sebagai pengamal perubatan tradisional pada jam 7:30 malam (27 Julai).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Semalam (27 Julai), satu kejadian aneh telah menimpa seorang wanita berusia 41 tahun di Pandan Perdana, Ampang Jaya, apabila wanita berkenaan dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan tradisional.

Menurut laporan Buletin TV3, wanita tersebut mengalami histeria sejak lapan tahun lalu dan pernah mendapatkan rawatan pakar psikitri di hospital baru-baru ini.

Mangsa Ke Rumah Pengamal Perubatan Untuk Menerima Rawatan Histeria.

Walau bagaimanapun, sejak seminggu lalu, mangsa dipercayai telah berkunjung ke rumah seorang wanita yang dikenali sebagai pengamal perubatan untuk menerima rawatan histeria.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak menjelaskan bahawa pihaknya menerima panggilan daripada seorang wanita kira-kira jam 6.35 petang memaklumkan anak perempuannya yang berusia 41 tahun meninggal dunia.

Mangsa ditemui dalam keadaan berbaring tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir di tempat kejadian. Siasatan di tempat kejadian masih lagi berjalan dan punca kejadian masih disiasat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak.

Pihak polis juga telah menahan seorang wanita berusia 51 tahun yang bertugas sebagai pengamal perubatan tradisional pada jam 7:30 malam (27 Julai).

Suspek akan ditahan reman pada hari ini (28 Julai) di Mahkamah Ampang Jaya. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd