Now Reading
‘Tak Nak Dicop Barua TMJ’ – Fahmi Reza Tolak Tawaran Bersemuka

‘Tak Nak Dicop Barua TMJ’ – Fahmi Reza Tolak Tawaran Bersemuka

Aktivis Fahmi Reza menolak pelawaan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk bersemuka kerana tidak ingin dilihat menyebelahi mana-mana pihak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Karya grafik satira yang dimuat naik oleh aktivis dan kartunis kontroversi iaitu Fahmi Reza sekali lagi telah tular di media sosial dan mendapat positif reaksi Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Grafik yang menunjukkan Tengku Hassanal membuat ‘push-up’ untuk memberi sokongan kepada Tasik Chini telah dimuat naik semula di IG Story (@this.7) dan memaklumkan baginda menyukai karya berkenaan.

Terima kasih. Tak perlu buat laporan polis kerana baginda suka dengan grafik tersebut.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah 

TMJ pelawa Fahmi Reza untuk bersemuka tetapi ditolak

Selepas Fahmi Reza memuat naik karya grafiknya, dia dipercayai telah mendapat reaksi daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyekat akaun Twitter miliknya (@kuasasiswa).

Tidak lama kemudian, TMJ menghantar Direct Message (DM) kepada aktivis berkenaan untuk bersemuka bagi menjernihkan semula hubungan mereka yang didakwa berlaku salah faham berkaitan penerimaannya terhadap grafik Tengku Hassanal.

Walau bagaimanapun, pelawaan tersebut telah ditolak dengan baik oleh Fahmi kerana tidak mahu dilihat rapat dan menyebelahi mana-mana pihak.

Saya lebih senang kekal sebagai seorang aktivis yang bergerak sendiri. Harap kami faham kenapa saya tolak jemputan kamu. Kalau kita berjumpa, macai-macai akan label saya ‘barua TMJ’ pula nanti.

Aktivis Fahmi Reza.

Pada masa sama, TMJ juga memaklumkan baginda sudah tidak menyekat akaun Twitter Fahmi.

Cara Fahmi menolak pelawaan TMJ undang pelbagai reaksi orang ramai

Perkongsian yang dimuat naik oleh Fahmi menunjukkan perbualannya bersama TMJ telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Ada yang menganggap tingkah lakunya bersama TMJ kurang ajar dan tidak menghormati kerabat diraja kerana menggunakan panggilan ‘kamu’ kepada Tunku Ismail.

Walau bagaimanapun, ramai juga yang memuji keberanian Fahmi dalam menyuarakan pendapatnya ketika menolak pelawaan TMJ.

Terdahulu, karya grafik yang melibatkan Tengku Hassanal dan isu Tasik Chini yang kehilangan status ‘World Heritage’ dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) telah diambil tindakan oleh pihak berkuasa dengan membuat laporan polis.

BACA JUGA: “Tak Perlu Laporan Polis” – Orang Ramai Puji Sikap Terbuka Tengku Hassanal Berhubung Karya Satira Fahmi Reza


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd