TNB: Bekalan Elektrik Telah Pulih Sepenuhnya Di Semua Kawasan Terjejas
TNB menjelaskan bahawa punca bekalan elektrik terputus disebabkan oleh kerosakan di salah sebuah stesen mereka di Yong Peng Utara di Johor.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengumumkan bekalan elektrik telah dipulihkan ke semua kawasan yang terjejas akibat gangguan bekalan elektrik awal petang tadi.
Kejadian ‘blackout’ yang dilaporkan itu turut menjejaskan banyak kawasan seperti Kuala Lumpur, Bangsar, Bukit Jalil, Mont Kiara dan Subang Jaya. Malah, ia dikatakan berlaku sehingga ke negeri Pahang, Pulau Pinang, Kedah dan Johor.
TNB telah berjaya memulihkan sepenuhnya bekalan elektrik kepada semua kawasan yang mengalami gangguan elektrik pada jam 3:02 petang. Kebanyakan kawasan terjejas berjaya dipulihkan secara berperingkat seawal 20 minit gangguan berlaku hasil usaha berterusan Pasukan Teknikal TNB. pic.twitter.com/kX1RCfpch5
— Tenaga Nasional (@Tenaga_Nasional) July 27, 2022
TNB menjelaskan bahawa punca bekalan elektrik terputus disebabkan oleh kerosakan di salah sebuah stesen mereka di Yong Peng Utara di Johor.
Menurut The Star, dipercayai kebakaran di pencawang elektrik berkenaan menyebabkan kerosakan dan terjadinya gangguan elektrik. Dalam video tular di media sosial ketika ini, percikan api biru boleh dilihat dengan jelas.
Kebakaran itu menyebabkan bekalan elektrik terputus yang melibatkan 2.2GW atau 10% daripada keseluruhan bekalan yang diperlukan di Semenanjung Malaysia awal hari ini.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.