Now Reading
Wanita 31 Tahun Hilang Di Negeri Sembilan. Keluarga Rayu Bantuan Orang Ramai

Wanita 31 Tahun Hilang Di Negeri Sembilan. Keluarga Rayu Bantuan Orang Ramai

Eileen Sum Yein Shan, 31, dari Kampung Baru Mambau di Seremban, dilaporkan keluar dari rumah dengan menaiki kereta jenis sedan Nissan Almera berwarna kelabu (WA9935X) kira-kira waktu tengah hari pada 23 Julai.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Seorang wanita yang juga pakar pemakanan dilaporkan hilang selepas memandu keretanya keluar dari rumah.

China Press melaporkan bahawa kereta itu kemudiannya ditemui diletakkan di pantai berhampiran pantai Port Dickson. Anggota bomba telah dipanggil untuk ke tempat kejadian bagi memulakan misi pencarian, tetapi gagal.

Kehilangan wanita tersebut turut diketahui oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun, anggota Dewan Negeri Bahagian Sri Tanjung, Ravi Munusamy dan juga Exco Negeri, Choo Ken Hwa.

Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun (2 dari kiri), Choo Kean Hwa dan Ravi Munusamy pergi ke pantai untuk mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang dilaporkan hilang.
(Sumber: China Press)

Mereka yang pada ketika itu sedang menghadiri acara berhampiran saat pencarian sedang dilakukan. Mereka bertiga kemudiannya bergegas ke pantai untuk melihat sendiri keadaan dan mengeluarkan kenyataan.

Keluarga wanita berkenaan juga dilihat telah merayu untuk mendapatkan maklumat menerusi media sosial.

Eileen Sum Yein Shan, 31, dari Kampung Baru Mambau di Seremban, dilaporkan keluar dari rumah dengan menaiki kereta jenis sedan Nissan Almera berwarna kelabu (WA9935X) kira-kira tengah hari pada 23 Julai.

Keluarganya menggambarkan penampilan fizikalnya setinggi kira-kira 160cm.

Sum tidak memberitahu ahli keluarganya apabila dia keluar dari rumah.

Kad pengenalan dan telefon bimbitnya ditinggalkan di dalam kereta, dan keluarganya juga telah membuat laporan polis.


Bantuan Dihulurkan

Sementara itu, Choo menegaskan bahawa dia menerima panggilan bantuan daripada keluarga wanita yang hilang pada pukul 11 pagi Ahad (24 Julai).

Mereka meminta bantuan supaya anggota bomba mencari mangsa berhampiran dengan pantai. ADUN Lukut itu segera meminta bantuan Biro Bomba dan Penyelamat Port Dickson dan tiba di tempat kejadian untuk membantu.

Choo menambah, pihak bomba telah memasang khemah di pantai itu ketika mereka memulakan operasi mencari.

Terdahulu, polis telah menggeledah tingkat demi tingkat di sebuah apartmen terbiar berhampiran lokasi kereta wanita itu diletakkan, namun tidak menemui apa-apa.

Polis menggeledah tingkat demi tingkat di sebuah apartmen terbiar berhampiran kereta wanita itu yang diletakkan tetapi tidak menemui apa-apa.
(Sumber: China Press)

Setakat jam 5:30 petang pada Ahad, Jabatan Bomba dan Penyelamat masih menjalankan operasi mencari di lokasi kejadian, namun tiada sebarang perkembangan yang diterima.

Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang keberadaan Sum boleh menghubungi kakaknya Perline Sum di talian 014-3851435.

Sum merupakan lulusan UKM dan bekerja untuk sebuah syarikat industri farmaseutikal tersenarai awam. Menurut akaun LinkedIn miliknya, Sum juga telah memberikan ceramah kesihatan di televisyen dan Facebook.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd