Now Reading
Pendaki OKU Jadi Rakyat Malaysia Pertama ‘Sampai’ Ke Puncak Gunung Kedua Tertinggi Dunia

Pendaki OKU Jadi Rakyat Malaysia Pertama ‘Sampai’ Ke Puncak Gunung Kedua Tertinggi Dunia

Dengan semangat Malaysia Boleh, Ravichandran sudah mendaki Gunung Everest sebanyak tiga kali.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kalau Orang Kurang Upaya (OKU) pun boleh mendaki gunung, inikan pula orang normal yang sihat walafiat. Tak percaya? Jom baca kisah tentang seorang pendaki solo, T Ravichandran.

Lelaki berusia 57 tahun ini merupakan rakyat Malaysia yang pertama berjaya mendaki gunung kedua tertinggi di dunia dikenali sebagai K2.

Terletak di Pakistan, K2 berketinggian 8,611 meter dan 250 meter lebih rendah berbanding puncak Gunung Everest yang berada pada ketinggian 8,848 meter.

Sebelum ini, Ravichandran pernah melakar sejarah berjaya ‘sampai’ ke Gunung Everest untuk kali ketiga pada 12 Mei selepas menjejakkan kaki pada tahun 2006 dan 2007.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook miliknya (Ravi Ravi), Ravichandran meluahkan rasa teruja dan bangga dengan pencapaiannya.

Saya berjaya mengibarkan Jalur Gemilang pada puncak Gunung K2. Ini adalah semangat kemerdekaan yang setiap rakyat Malaysia tidak boleh lupakan pada 31 Ogos akan datang.

Pendaki gunung, T Ravichandran.

Ravichandran berharap kejayaannya dapat menyuburkan semangat patriotik serta keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Orang ramai juga dilihat memberikan ucapan tahniah kepada Ravichandran atas kejayaannya yang cukup membanggakan.

Ravichandran berterima kasih kepada isterinya yang sentiasa memberikan semangat sepanjang masa. Pada masa sama, pendaki ini turut menghargai sokongan ahli keluarga, rakan-rakan serta rakyat Malaysia yang mendoakan kejayaan sehingga mampu sampai ke puncak gunung.

Tambahnya lagi, menjadi individu OKU bukanlah penghalang buatnya tetapi lebih memberikan motivasi untuk mencapai sesuatu yang manusia biasa boleh lakukan.

Jangan pandang rendah kepada gunung

Tidak dinafikan, gunung merupakan alam semula jadi yang sangat cantik dan aktiviti mendaki juga menyeronokkan, lebih-lebih lagi kalau dapat bergambar di lokasi yang Instagramable.

Tetapi lain pula pandangan dari pendaki profesional.

Pendaki Malaysia bergambar di Gunung Machapuchare di banjaran Annapurna, Nepal. (Sumber: Fernando Fong)

Menurut instruktor pendaki gunung Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa, apa-apa sahaja boleh berlaku sekiranya tiada latihan dan perancangan yang betul.

Antara perkara penting yang perlu ditekankan adalah membawa alatan kecemasan seperti makanan yang tidak perlu dimasak, selimut sebagai pelindungan buat sementara waktu jika anda tidak membawa khemah dan sebagainya. Perhatikan juga cuaca di sekeliling pada waktu itu.

Fakhrul juga menegaskan mereka yang pernah mendaki sebelum ini untuk tidak terlalu selesa apabila melakukan aktiviti berkenaan.

Semua orang buat aktiviti ini, jadi mesti ramai yang anggap ianya selamat kan? Sebenarnya salah. Kadang kala mereka terlalu yakin dengan kekuatan diri terutamanya kepada yang sudah biasa mendaki tetapi sudah berhenti untuk tempoh agak lama. Mungkin mereka lupa badan kita susah tidak sama seperti dahulu.

Instruktor pendaki gunung Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa berkata kepada TRP.

Mohd Fakhrul menceritakan dia pernah beberapa kali merawat pendaki gunung yang jatuh sakit terutamanya Acute Mountain Sickness (AMS).

AMS boleh menyebabkan maut apabila pendaki menaiki puncak altitud melebihi 2500 meter dalam masa yang singkat.

Instruktor pendaki gunung Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa dalam perjalanan untuk misi bantuan menyelamatkan mangsa cedera di banjaran Annapurna. (Sumber: Fernando Fong)

Gunung bukanlah lokasi sesuai untuk selfie

Wartawan penyiaran dan pendaki gunung berpengalaman Fazli Ahmad berkata sikap sambil lewa dan kegagalan untuk membuat persediaan menghadapi masalah adalah musuh terburuk pendaki gunung.

Bercerita tentang pengalaman ketika bekerja dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Fazli memberitahu semakin ramai anak muda yang suka mendaki tetapi kebanyakannya kurang melakukan persediaan dan pemahaman.

Pendaki gunung dari Malaysia yang terdiri daripada media serta Jabatan Bomba dan Penyelamat mnegibarkan Jalur Gemilang di banjaran gunung Annapurna. (Sumber: Fernando Fong)

Dia menegaskan antara isu yang perlu diberi perhatian adalah jenis fesyen outdoor termasuklah sikap suka ber-selfie.

Ada juga yang suka berdiri di puncak gunung untuk membuktikan seolah-olah mereka menakluki gunung berkenaan.

BACA JUGA: 17 Hikers Detained For Entering Gunung Nuang Without A Permit

Lelaki ini berpendapat sikap sebegini boleh bertukar tragedi kepada diri mereka dan pasukan penyelamat.

Anda boleh daki sebanyak gunung yang anda mahu. Tetapi kena sentiasa beringat dan bersedia dengan keperitan sepanjang perjalanan. Bila anda baru sedar yang anda tidak ada persediaan rapi di atas gunung, sebenarnya waktuitu sudah terlambat.

Fazli Ahmad berkata kepada TRP.

Walau apa pun, sentiasalah bersedia dengan apa jua keadaan. Pada masa sama, perlu berhati-hati dan pulang dengan selamat. Tak apa, belajar sedikit demi sedikit dan jangan terburu-buru.

Pendaki gunung dari Malaysia di pergunungan banjaran Annapurna meluahkan rasa bersyukur kerana berjaya dilselamatkan. (Sumber: Fernando Fong)

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd