Now Reading
Honda Civic Type R Milik Rakyat Singapura Hilang Di Genting Kini Berjaya Ditemui

Honda Civic Type R Milik Rakyat Singapura Hilang Di Genting Kini Berjaya Ditemui

Honda Civic Type R milik rakyat Singapura itu dilaporkan telah dicuri di SkyAvenue, Genting Highlands, pada 16 Julai dan ditemui di kawasan parkir sebuah kondominium di Sepang, Selangor.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Selain scam, kes pencurian kereta juga kian berleluasa di mana-mana.

Seperti berita tular baru-baru ini melaporkan kereta jenis Honda Civic Type-R milik seorang rakyat Singapura telah hilang ketika diletakkan di kawasan parkir SkyAvenue, Genting Highlands, Pahang pada 16 Julai lalu.

Menurut laporan Mothership, pemilik kereta berkenaan yang dikenali sebagai Damien, 28, telah menginap di Genting pada hujung minggu bermula 15 hingga 17 Julai bersama rakan-rakan lain.

Dia dilaporkan meletakkan keretanya itu berdekatan dengan lif lobi iaitu di B3A sejurus tiba di hotel berkenaan pada tengahari, 15 Julai.

Walau bagaimanapun, hari berikutnya (16 Julai), kereta miliknya dipercayai ‘lesap’ sewaktu dia dan rakan-rakan lain ingin meninggalkan hotel berkenaan untuk makan malam di Gohtong Jaya.

Setelah itu, Damien meminta pihak pengurusan membantunya dalam mencari keretanya. Pihak pengurusan hotel telah menghantar lima motosikal dalam misi pencarian tersebut.

Malangnya, walaupun pencarian sudah memakan masa hampir dua jam, kereta itu masih belum berjaya ditemui.


Kereta Dipandu Turun Dari Genting Sekitar Jam 2:43am, 16 Julai

Damien melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa dan menurut klip CCTV yang ditunjukkan oleh polis, kereta miliknya dilihat dipandu turun daripada kawasan Genting sekitar jam 2:43 pagi, pada 16 Julai.

Klip CCTV lain pula menunjukkan di mana kereta dilihat mengikut rapat kenderaan di hadapan untuk keluar daripada parkir SkyAvenue – tempat asal kereta Damien diletakkan.

Damien turut diberitahu oleh pihak polis bahawa sehari sebelum keretanya dicuri, sebuah kereta jenis Toyota Hilux juga dilaporkan hilang di kawasan parkir yang sama.

Expensive lesson learnt on behalf of all Singaporeans and car owners. Please be safe when travelling everyone!

Damien menerusi mothership.

Kereta Berjaya Ditemui Di Sepang

Kekecohan mengenai kehilangan kereta Honda Civic Type-R milik rakyat Singapura berkenaan ternyata berakhir apabila pihak polis berjaya menemui kereta tersebut di sebuah parkir kondominium di Sepang pada petang 19 Julai.

Walau bagaimanapun, memperlihatkan ‘wajah baharu’ kereta tersebut ketika ditemui – Untuk mengelak daripada dikesan, ianya telah ditampal dengan pelekat perlumbaan dan plat kereta berdaftar Singapura ditukar dengan plat Malaysia.

Menurut laporan China Press, seorang pengawal keselamatan di kondominium berkenaan menyedari sebuah kereta sedan Honda Civic Type R yang kelihatan “mencurigakan” memasuki premis kondominium itu.

Ketua polis Bentong berkata kereta itu telah memasuki tempat letak kereta kondominium kira-kira jam 6 pagi pada 16 Julai, hari kereta itu dicuri.

Sinchew melaporkan bahawa pengawal keselamatan kondominium memaklumkan kepada polis mengenai kenderaan yang mencurigakan itu selepas menyedari terdapat banyak pelekat perlumbaan ditampal pada permukaan kereta itu.

Pengawal itu menyedari bahawa warna dan ciri kereta itu serupa dengan kenderaan yang dicuri. Oleh itu, pihak mereka membuat keputusan untuk melaporkannya kepada polis.

Selepas polis tiba di kondominium itu, mereka mengesahkan bahawa ia memang kereta milik Damien.

Polis turut memuji pertimbangan tepat pengawal keselamatan itu dalam menghubungi polis sekaligus membantu mereka berjaya menyelesaikan kes ini.

Bercakap kepada Mothership, Damien menjelaskan bahawa berdasarkan pemeriksaan sepintas lalu, nampaknya rim 18 inci, sistem bunyi (sound system) dan kamera kereta telah ‘dikeluarkan’ dari keretanya.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd