Now Reading
Bangunan Di Singapura Buat Orang Berilusi Optik, Dibina Oleh Arkitek Muzium Louvre, Paris

Bangunan Di Singapura Buat Orang Berilusi Optik, Dibina Oleh Arkitek Muzium Louvre, Paris

Bangunan yang dilihat ‘sekeping’ itu sebenarnya adalah berbentuk rombus dan dinamakan The Gateway di Singapura.

Bangunan Di Singpura Nampak 'Sekeping' Buat Orang Ramai Terpukau (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila kita pergi melancong ke luar negara, makanan dan bangunan di sana mesti akan menjadi tumpuan utama kita. Biasalah, bukan selalu kita dapat terokai negara orang kan? Nak juga belajar sesuatu sambil berjalan-jalan.

Setiap negara mesti akan ada bangunan yang mencuri perhatian pelancong. Kalau di Paris ada Eiffel Tower, manakala di Arab Saudi pula ada Menara Burj Khalifa.

BACA JUGA: Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Melancong Ke 4 Buah Negeri Di India Dengan Kereta Api

Bangunan nampak seperti dua dimensi jadi tumpuan

Selain patung singa di Taman Merlion, Singapura kini terkenal dengan satu lagi bangunan yang mencuri tumpuan ramai.

Menerusi satu perkongsian video dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (helmi_juhari), lelaki ini menunjukkan satu bangunan unik di Singapura yang dilihat seakan-akan berbentuk dua dimensi.

Sekali pandang memang nampak macam ‘sekeping’ seperti kertas. Biar betul?

Kalau anda nak tahu, bangunan yang nampak macam ‘sekeping’ itu bukanlah leper seperti dilihat dengan mata kasar. Sebenarnya ianya dibina dengan bentuk unik kerana melibatkan ilusi optik.

Nak kena ‘tawaf’ satu bangunan baru boleh tengok bentuk dia yang sebenar.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih 2.5 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@helmi_juhari/video/7122251500637670683?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&refer=embed&referer_url=https%3A%2F%2Flobakmerah.com%2Fsakit-kepala-aku-fikir-video-bangunan-sekeping-di-singapura-buat-ramai-keliru-rupanya-ilusi-mata-je%2F&referer_video_id=7122251500637670683

Orang ramai pun terpukau sama tengok bangunan ‘sekeping’

Di ruangan komen video berkenaan, tidak dinafikan memang ramai yang terpukau melihat bangunan itu, siap bergurau kononnya pekerja dalam bangunan itu berbentuk dua dimesi dan tiada yang obesiti.

Aduh, kelakar betul baca komen.

Pada masa sama, ramai juga memuji jurutera yang membina bangunan tersebut walaupun agak mencabar.

“An architect’s dreams is an engineer’s nightmare”.

Memang power betul bangunan ini. Nasib baik ada yang sedar sebenarnya bangunan yang dilihat sekeping ini bersifat ilusi optik dan berbentuk rombus.

Bangunan The Gateway

Menurut sumber As We Saw It, bangunan tersebut diberi nama The Gateway dan telah dibina pada tahun 1990 oleh arkitek kelahiran Chinese-American iaitu Ieoh Ming Pei atau dikenali sebagai I.M Pei.

Beliau juga merupakan arkitek yang membuat reka bentuk muzium terkenal di Paris iaitu Louvre Museum.

Sumber: Wikimedia Commons

Difahamkan juga kedua-dua bangunan berkenaan diberi nama The Gateway kerana kelihatan seperti pintu gerbang masuk untuk ke satu tempat tetapi dipenuhi dengan kaca di seluruh bangunan.

Menarik juga bangunan ini kan? Tabiklah kepada arkitek dan jurutera yang mampu menyiapkan bangunan The Gateway dengan selamat walaupun nampak macam agak mustahil.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd