Now Reading
“Ni Lah Lelaki Bila Sayang Kereta” – Isteri Terkejut Suami Cuci Kereta Sampai RM950

“Ni Lah Lelaki Bila Sayang Kereta” – Isteri Terkejut Suami Cuci Kereta Sampai RM950

Harga RM950 itu bukan servis cuci kereta sahaja, ada pakej siap coating sekali rupanya.

Isteri Terkejut Suami Basuh Kereta Sampai RM950

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Lelaki kalau bersembang dengan kawan-kawan bab kereta, memang dari pagi sampai malam tak habis. Kaum Adam ini bab jaga kereta memang ‘tip-top’. Ada masa lapang je mesti nak lap kereta bagi nampak berkilat dari jauh.

Tapi ada pula yang lagi suka hantar kereta mereka ke kedai servis mencuci kenderaan kerana kualitinya lebih bagus bergantung kepada jenis perkhidmatan yang dibayar.

Cuci kereta sampai RM950. Biar betul?

Baru-baru ini, seorang personaliti media sosial yang dikenali sebagai Aisyah Hijanah memuat naik satu video di TikTok miliknya (aisyahhijanah) dan telah menarik perhatian orang ramai terutamanya kaum lelaki.

Dalam video itu, Aisyah menunjukkan reaksi agak terkejut selepas melihat resit yang diterima oleh suaminya dari sebuah kedai mencuci kereta di IOI City Mall, Putrajaya.

Nak tahu berapa harganya? RM950 ya! Mana tak terkejut si isterinya. Biasanya kalau cuci kereta di kedai biasa harganya tak sampai RM20 pun.

Tengok ni lelaki bila cuci kereta sampai RM950. Cuci kereta tau, bukan beli kereta. Astagfirullahalazim. Gila ke apa bang?

Personaliti media sosial, Aisyah Hijanah.

Video tersebut telah meraih 477,000 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

Rupa-rupanya harga mahal sebab sekali servis coating

Di ruangan komen video berkenaan, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Aisyah yang terkejut melihat harga servis semahal itu. Siap bergurau kononnya harga jadi mahal sebab cuci kereta guna air zamzam.

Menurut orang ramai, harga RM950 yang tertera pada resit berkenaan adalah termasuk servis coating dan dikatakan antara yang termurah.

Beberapa orang di ruangan komen menjelaskan bahawa harga servis tersebut boleh mencecah ribuan ringgit bergantung kepada kualitinya.


Tak apa, anggap ianya satu pelaburan masa panjang untuk penjagaan kereta. Sekali sekala apa salahnya kita cantikkan kereta yang dah banyak berjasa bawa kita ke sana sini.

Pandai guna, pandai jaga, baru lah kita nak memandu pun seronok.

BACA JUGA: Pelanggan Enggan Bayar Penuh Bil Servis Kereta Buat Ramai Bengang


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd