Trend ‘Cedok-cedok’ Viral, Apa Hukum Sebenar Jual Beli Sebegini?
Cedok-cedok ini ada unsur Gharar, ya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Sejak kebelakangan ini, muncul pula trend baharu di media sosial khususnya di TikTok apabila pengguna TikTok dilihat melakukan penjualan barangan ‘random’ dengan menggunakan teknik ‘cedok-cedok’.
Ya, macam cedok nasi dalam periuk. Begitulah perumpamaannya.
Bagaimana Trend Ini Dilakukan?
Trend ini dilakukan contohnya penjual akan mencedok satu barang make-up bernilai RM80, pembeli pun mengambil keputusan untuk membeli satu cedok.
Oleh tu, penjual akan mencedok secara live dan barangan yang akan pembeli terima nanti adalah random mengikut apa yang telah dicedok oleh penjual berkenaan.
Barangan yang dijual adalah termasuk gula-gula, alatan make-up, barangan kegunaan harian, dan banyak lagi. Nama pun random, kan?
@miesaa.shop Done restock coklat best2 untuk korang.. Jangan lupa join live saa mlm ni ye 😉 #foryourpage #foryoupage #masukberanda #cekelatlegend #cedokcoklat ♬ original sound – Nuha Bahrin
Walau bagaimanapun, wujud persoalan ketika ini di mana ramai yang bertanyakan tentang hukum jual beli trend cedok-cedok ini.
Adakah ianya sah, ataupun sebaliknya?
Mana tidaknya, pembeli tidak tahu apa yang dibeli, walaupun akhirnya perlu membayar sesuatu yang tidak inginkan. Oleh yang demikian, pencerahan daripada Yang Arif sangatlah perlu untuk menjelaskan segalanya agar boleh dijadikan sebagai rujukan.
Hukum Jual Beli Cedok-cedok
Untuk pengetahuan anda, menjual dengan cara ini adalah sama seperti jual beli gharar yang diharamkan oleh Nabi Muhammad SAW. Ia juga sama bentuk seperti jual beli al-mulamasah yang diharamkan oleh kerana unsur gharar fahisy yang jelas.
Rasulullah SAW telah melarang sama sekali jual beli al-mulamasah dan al-munabadhah (Sahih Bukhari dan Muslim).
Tambahan pula, menurut Imam Nawawi, al-mulamasah merupakan bentuk jual beli barangan di mana ianya disentuh oleh pembeli dalam keadaan gelap tanpa melihat, dan telah dikira terjual.
Mulamasah juga jual beli yang berlaku ke atas mana-mana barangan tanpa dilihat secara terperinci, maka dikira dijual dan tidak boleh ada pilihan lain.
Jual beli cedok sebegini adalah bentuk jual beli jahiliah, menurut Ibn Hajar al-Asqalani. Ia juga adalah batil dan tidak sah kerana mengandungi unsur gharar yang dilarang keras oleh Rasulullah SAW.
Apa Itu Gharar?

Gharar adalah jual beli di mana pembeli tidak dapat memastikan barangan yang diperolehi (mastur al-aqibah). Bahkan, bentuk dan struktur jual beli tersebut sudah tercipta untuk mewujudkan unsur ketidakpastian.
Gharar muncul dalam dua keadaan iaitu:
- Gharar wujud, di mana struktur asas jual beli itu tidak dapat dipastikan barangan diperoleh atau tidak.
- Gharar al-siffah, di mana munculnya ketidakpastian tentang produk jenis apa yang bakal diperolehi.
Sebab itulah, jelas menunjukkan bahawa jual beli cedok-cedok ini adalah sama dengan jual beli mulamasah yang mana jelas struktur asasnya jualan berbentuk gharar.
Ini kerana barangan yang bakal diperoleh oleh pembeli adalah tidak pasti dan tiada sebarang aras minimum barangan yang boleh dipastikan untuk diperolehi.
PU Amin pun ada menjelaskan secara terperinci menerusi akaun TikTok miliknya (ustazamirulamin). Lihat video penuh di bawah:
@ustazamirulamin Inshallah masih awal untuk stop. Kita tegur tanda sayang. Moga Allah berkati rezeki kita. Maafkan saya kerana menasihati.
♬ Emotional Islamic Music – Arslan Chaudhry
Kesimpulannya, berniaga biar halal dan biar dapat untung sedikit yang penting ada unsur halal.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.