Now Reading
[Foto] Agong & Raja Permaisuri Berada Di UK Sempena Majlis Graduasi Anakanda Tercinta

[Foto] Agong & Raja Permaisuri Berada Di UK Sempena Majlis Graduasi Anakanda Tercinta

Majlis Graduasi berkenaan telah berlangsung di Kampus Royal Holloway, University of London di Egham, Surrey, United Kingdom semalam (18 Julai 2022).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat menghadiri majlis graduasi Yang Amat Mulia anakanda-anakanda Baginda berdua di Kampus Royal Holloway, University of London di Egham, Surrey, United Kingdom semalam (18 Julai 2022).

Perkara tersebut telah dikongsikan menerusi Instagram Istana Negara sebentar tadi.

Yang Amat Mulia Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah dianugerahkan ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kriminologi and Sosiologi.

Manakala, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pula telah dianugerahkan ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan dan Perakaunan.

Yang Amat Mulia Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kiri) & Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kanan).
(Sumber: Instagram/Istana Negara)

Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan barisan pemimpin tertinggi universiti tersebut.

(Sumber: Instagram/Istana Negara)

Turut berangkat anakanda-anakanda Seri Paduka Baginda, Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

(Sumber: Instagram/Istana Negara)

Untuk rekod, University of London telah dibuka secara rasmi oleh Baginda Ratu Victoria pada 30 Jun 1886, Royal Holloway dan pada ketika ini tersenarai dalam 25 universiti terbaik di United Kingdom (The Guardian University League Table, 2022).


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd