Thor Love And Thunder: GSC Umum Status Tayangan Filem Ini Masih Belum Diketahui
Disney memaklumkan kepada pihak GSC bahawa status tayangan filem Thor: Love and Thunder di Malaysia masih tidak ditetapkan sehingga kini.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Sebelum ini, para peminat Marvel terpaksa menerima berita ‘pahit’ yang diumumkan oleh syarikat pawagam Golden Screen Cinema (GSC) dan TGV Cinema apabila tayangan Thor: Love And Thunder ditunda daripada 7 Julai kepada 21 Julai 2022.
Mereka yang sudah membuat pembelian tiket dilaporkan akan dipulangkan semula duit dalam tempoh 14 hari bekerja.
BACA JUGA: GSC & TGV ‘Refund’ Tiket Thor: Love And Thunder Lepas Tunda Pada 21 Julai Pula
GSC umum tiada tarikh tetap untuk tayangan di Malaysia
Selepas berita penangguhan tayangan filem berkenaan pada Jumaat (1 Julai 2022), kini peminat Marvel berdepan satu lagi berita yang kurang menyenangkan buat mereka.
GSC sekali lagi tampil menerusi hantaran di Twitter (@GSCinemas) tentang status tayangan filem Thor: Love and Thunder yang kini adalah “To Be Announced” (TBA) atau tarikhnya masih belum ditetapkan.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, GSC memberitahu bahawa perkara tersebut dimaklumkan oleh pihak Disney dan membuat permohonan maaf atas sebarang kesulitan.
Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku dan menghargai kesabaran anda semua sementara menunggu maklumat terkini daripada pihak Disney.
Golden Screen Cinema (GSC).
THOR UPDATE:
— GSC x Mat Kilau 🇲🇾 (@GSCinemas) July 13, 2022
Disney has updated us that the release of #ThorLoveandThunder in Malaysia is now “TBA” – release date is now undated. We apologise for any inconvenience caused and appreciate your patience in this matter as we await more updates from Disney.
Orang ramai bengang tentang status tarikh tayangan filem
Rata-rata netizen memberi maklum balas yang kurang menyenangkan terhadap ciapan yang dimuat naik oleh GSC kerana sudah berkali-kali tayangan filem itu ditangguhkan di Malaysia.
This is Thormuch I tell you! More like Thor Be Announced. pic.twitter.com/Y4TnyoyWIg
— Ooi Beng Cheang (@luxentX) July 13, 2022
Aduhhhhh…Benda apa nihhh. Org lain dah tengok. Kita je tak dapat tengok lagi.
— Izzat Akmal (@izzatakmal92) July 13, 2022
WHAT WAS A WHOLE POINT ANYWAY?? THIS ISN’T GOING WELL RIGHT? This is one of the biggest upset that we ain’t gonna see Thor 4 until it’s released on D+ instead.
— Why am I still here? (@JZForShort) July 13, 2022
This comes off the heels of the Movie yet again being delayed but could be a sign that it’s gonna banned soon. pic.twitter.com/eh6IXRWsdK
LOL, we don’t really need to know ‘when’ already, it is pointless as we are already exposed to multiple spoilers on socmed etc. What we need to know is ‘why’, which is dodgy as no one, including Disney, is telling us the reason of postponement.
— Ivan (@psylancer) July 13, 2022
Namun, ada juga netizen mendakwa mereka masih belum mendapat refund wang terhadap pembelian tiket filem berkenaan daripada pihak panggung wayang.


Pada masa yang sama, negara Brunei juga berdepan situasi yang sama apabila tayangan filem Thor: Love and Thunder ditangguhkan tanpa diketahui sebabnya daripada pihak panggung serta Disney sendiri.
Di negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, filem ini telah ditayangkan pada 8 Julai lalu dan membuatkan segelintir peminat setia Marvel di Malaysia agak kecewa apabila mereka masih tidak dapat menontonnya.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.