Now Reading
Pemandu BMW Didakwa Lari Selepas Terlibat Kemalangan Tampil Beri Kenyataan

Pemandu BMW Didakwa Lari Selepas Terlibat Kemalangan Tampil Beri Kenyataan

Lelaki berusia 30 tahun itu dikatakan telah membuat laporan polis berhubung kemalangan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak pada pukul 3 petang, semalam (12 Julai).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, semalam (12 Julai), media sosial telah dibanjiri dengan kes di mana seorang wanita telah meminta bantuan orang ramai untuk menularkan satu perkongsian menerusi Instagram bagi mengesan pengguna jalan raya yang telah mengakibatkan kemalangan.

Kemalangan yang berlaku di Highway Plus Sungkai (Arah Selatan) pada 11 Julai itu telah mengakibatkan bayinya berusia 4 bulan kini bertarung nyawa di NICU akibat patah tulang pinggul, kedua-dua tulang peha dan pendarahan otak akibat tercampak di tengah-tengah lebuh raya.

BACA LANJUT: [Viral] Wanita Ini Mohon Individu Tampil Jika Ada Video Footage Dashcam Kemalangan Di Highway PLUS Sungkai, 11 Julai


Pemandu Kereta BMW 330E Tampil Beri Keterangan

Terbaharu, hari ini (13 Julai), pihak polis telahpun mengambil keterangan pemandu kereta BMW 330E yang terbabit dalam satu kemalangan sehingga menyebabkan tiga beranak cedera.

Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Muallim Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir menjelaskan bahawa pemandu lelaki berusia 30 tahun itu dikatakan telah membuat laporan polis berhubung kemalangan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak pada pukul 3 petang, semalam (12 Julai).

Lelaki itu turut tampil di IPD Muallim pada jam 10 malam bagi merekod keterangan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam kejadian itu, pemandu BMW berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan melainkan kerosakkan pada kenderaan iaitu calar pada bahagian sisi belakang kanan dan rim tayar bahagian belakang sebelah kanan. Punca kemalangan adalah disebabkan mengubah haluan di mana kereta BMW yang sebelum itu berada di lorong tengah secara tiba-tiba masuk ke lorong kanan di hadapan laluan Proton Inspira.

Ketua Polis Daerah Muallim Superintendan Mohd. Hasni Mohd. Nasir

Mengulas lanjut, pemandu Proton Inspira dikatakan cuba untuk mengelak daripada melanggar kereta suspek, namun kenderaan tersebut dikatakan hilang kawalan lantas terlanggar bahagian sisi belakang kanan BMW terbabit.

Dua-dua kenderaan terlibat kini ditahan untuk menjalani pemeriksaan Puspakom dan ujian kimia bertujuan menentukan ‘point of impact’ kemalangan.


Mangsa Tercedera

Kemalangan tersebut telah mengakibatkan pemandu Proton Inspira berusia 30 tahun mengalami luka di bahagian tangan kanan, sementara isterinya mengalami retak di pergelangan kaki kiri.

Lebih parah adalah keadaan bayi pasangan berkenaan berusia empat bulan yang patah tulang paha dan pinggul serta mengalami pendarahan di otak.

Seorang lagi penumpang iaitu lelaki berusia 20 tahun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Slim River, sementara bayi berkenaan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk rawatan lanjut.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd