Now Reading
Menu Hidangan RM3.50 Di IPT Bantu Kurangkan Beban Pelajar

Menu Hidangan RM3.50 Di IPT Bantu Kurangkan Beban Pelajar

Sebelum ini makanan yang dijual adalah sekitar RM7 sehingga RM8. Namun, dengan pelaksanaan usaha ini, semua penuntut serta warga kerja UPM mampu membeli makanan serendah RM3.50.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebagai pelajar, pastinya anda memiliki wang perbelanjaan yang terhad. Oleh disebabkan itu, pelajar tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan perbelanjaan tanpa mempertimbangkan apa yang lebih penting.

Tapi, makanan itu adalah satu keperluan.

Apa jua yang dilakukan, makanan dan minuman seharusnya menjadi keutamaan setiap pelajar. Nanti susah pula nak belajar dan fokus kalau perut lapar.


Inisiatif Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Sediakan Menu Makanan Dengan Harga RM3.50

Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM Nuruliman Ibrahim menjelaskan pihaknya melaksanakan jualan makanan serendah RM3.50 buat kesemua warga UPM di bawah inisiatif Menu Kasih Pelajar Keluarga Malaysia.

Ia juga telah berkuat kuasa pada 8 Julai bertujuan untuk meringankan beban pelajar dalam membeli makanan harian di kafeteria.

Beliau turut berkata, “Sebelum ini makanan yang dijual adalah sekitar RM7 sehingga RM8. Namun, dengan pelaksanaan usaha ini, semua penuntut serta warga kerja UPM mampu membeli makanan serendah RM3.50.

“Ini membolehkan mereka mendapatkan hidangan lengkap dan bernutrisi dengan harga berpatutan.”

Pada 7 Julai 2022, MPP UPM Sesi 2021/2022 telah mendapat kelulusan untuk menyediakan Menu Kasih Pelajar Keluarga Malaysia dengan harga yang berpatutan demi kebajikan para pelajar UPM. Terdapat pelbagai jenis menu yang disediakan untuk Menu Kasih Pelajar Keluarga Malaysia ini.

Menurut kenyataan rasmi MPP UPM di Facebook pada 8 Julai 2022.

Inisiatif Ini Boleh Ringankan Beban Kos Harian Mahasiswa – Pelajar

Mengulas lanjut, seorang mahasiswa semester akhir jurusan Sarjana Muda Pendidikan, Bimbingan dan Kaunseling UPM, Ahmad Khairul Amir Kamaluddin, 24, meluahkan bahawa inisiatif itu memang baik kerana ia dapat meringankan beban kos harian mahasiswa.

Dia juga berharap pemantauan berkala di gerai-gerai peniaga berkenaan dapat dilaksanakan oleh pihak universiti supaya kualiti dan kuantiti makanan sentiasa berada pada tahap terbaik.

Selain itu, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS Eliezer Nevall Anthony berkata program seperti ini dilihat dapat membantu penuntut di UMS yang mana hampir 60% terdiri daripada golongan B40.

Program sebegini amat baik dilakukan oleh pihak universiti bagi menjaga kebajikan penuntut yang kurang berkemampuan. Harga RM3.50 yang dilaksanakan dengan beberapa pilihan menu adalah mencukupi untuk keperluan makanan harian penuntut di sini dan mereka berpuas hati,” katanya.

Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS Eliezer Nevall Anthony.

Beliau turut melontarkan cadangan supaya pelaksanaan program seperti ini dibuat secara menyeluruh di dalam kampus itu. Ia memandangkan buat masa ini, ia hanya dilaksanakan di kafeteria tertentu sahaja.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd