Now Reading
[Video] Ditanya Tentang Ibadah Korban Oleh ‘Mat Salleh’, Jawapan UAI Terima Pujian Ramai

[Video] Ditanya Tentang Ibadah Korban Oleh ‘Mat Salleh’, Jawapan UAI Terima Pujian Ramai

Antara soalan yang ditanyakan oleh gadis tersebut kepada Ustaz Azhar Idrus (UAI) adalah mengapa haiwan korban perlu disembelih dan bukannya ditembak.

Ditanya Tentang Ibadah Korban Oleh 'Mat Salleh', Jawapan Ustaz Azhar Idrus Terima Pujian Ramai

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pada Ahad (10 Julai) lalu bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1443 Hijrah, umat Islam menyambut perayaan AidilAdha untuk memperingati kesediaan Nabi Ibrahim AS mengorbankan anaknya, Nabi Ismail AS dalam penyerahan diri kepada Tuhan dan menandakan berakhirnya musim haji di Mekah.

Hari Raya AidilAdha atau juga dikenali sebagai Hari Raya Haji adalah berbeza dengan Hari Raya Aidilfitri yang disambut selepas berakhirnya bulan puasa Ramadan.

Dalam sambutan perayaan ini, daging korban akan diagihkan dalam kalangan masyarakat setempat selepas haiwan seperti lembu dan kambing selesai disembelih.

Sumber: Kosmo

Ustaz Azhar Idrus jawab pertanyaan ‘mat salleh’ tentang ibadah korban

Seorang pengguna Facebook (Wan Luqman Hakim) memuat naik video berdurasi tujuh minit 30 saat yang menunjukkan pendakwah terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus atau juga dikenali sebagai UAI menjawab beberapa persoalan yang diajukan oleh gadis ‘mat salleh’ tentang ibadah korban.

Antara soalan yang ditanyakan adalah bilangan bahagian setiap haiwan sembelihan dan mengapa haiwan tersebut perlu dibunuh dengan cara menyembelih dan bukannya ditembak.

Bagi ibadah korban, setiap lembu hanya mempunyai maksimum tujuh bahagian untuk dikongsikan. Tetapi sekiranya untuk tujuan menjual, lebih daripada tujuh tidak menjadi masalah. Kenapa lembu disembelih di bahagian leher? Ianya dilakukan bagi memastikan daging korban bersih dari darah dan orang ramai mendapat daging yang segar.

Pendakwah Ustaz Azhar Idrus (UAI).

Pada masa yang sama, UAI juga menjawab persoalan gadis itu tentang kepercayaan umat Islam tentang Nabi Isa AS dan Maryam.

Sebagai umat Islam, kami perlu percaya kepada Nabi Isa AS. Kalau tidak, kami bukanlah dalam golongan hamba yang beriman. Kami juga percaya kepada Maryam yang diberi keistimewaan sebagai wanita yang melahirkan anak tanpa mempunyai suami.

Pendakwah Ustaz Azhar Idrus (UAI).

Gadis itu juga dilihat berpuas hati dengan jawapan diberikan oleh UAI menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh mereka.

Video berkenaan telah berjaya meraih 599,000 jumlah tontonan oleh orang orang ramai setakat artikel ini ditulis.

Orang ramai puji cara UAI jawab persoalan mereka

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji dan meluahkan rasa bangga dengan kemahiran UAI dalam berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris dengan tenang bagi memastikan persoalan gadis tersebut dijawab dengan baik.

Mujur ada UAI waktu itu untuk menjawab persoalan dari gadis tersebut. Kami yang tengok video ini pun mudah faham penjelasan yang diberikan.

Bagus sebenarnya bila kita banyak bertanya. Boleh menambahkan ilmu pengetahuan, betul tak?

BACA JUGA: Keliru Dengan Tarikh Puasa Arafah Di Arab Saudi? Ini Penjelasan Dr Zulkifli


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd