Now Reading
Pelajar Tampal Nota Buat Lecturer, Siap Beri Amaran Bunuh Diri

Pelajar Tampal Nota Buat Lecturer, Siap Beri Amaran Bunuh Diri

Orang ramai bagaimanapun memberikan reaksi yang berbeza perihal isu ini di mana pelajar pada zaman sekarang dilabel sebagai ‘terlalu manja’.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bagaimana cara anda membuat aduan tentang pensyarah?

Bagi memastikan tindakan segera diambil, baru-baru ini pelajar di sebuah universiti menulis sekeping nota buat pensyarah dan menampal nota tersebut di pintu.

Hantaran berkenaan mula tular di laman Facebook (JOM GELAK) dan kini meraih pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Pelajar tersebut turut menjelaskan bahawa assignment yang diberikan terlalu banyak, ditambah pula dengan coursework, test, dan juga presentation.
(Sumber: Facebook)

Notis itu dipercayai ditulis oleh seorang pelajar yang kecewa dengan sistem pendidikan negara membabitkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Lebih Baik Mati Daripada Jadi Pelajar

Notis itu turut menyatakan aduan yang mendakwa ramai pelajar menjadi tertekan sehingga ada yang sanggup bertindak di luar jangkaan kerana terbeban dengan tugasan yang diberikan.

Mesej kepada para lecturer. Anda tak faham ke kami ni stress tapi bila di depan anda kami buat slumber je. Silap hari bulan ada yang mati bunuh diri kerana anda.

Menurut kenyataan notis tersebut.

Dalam pada itu, pelajar berkenaan turut meluahkan kerja-kerja yang diberikan oleh pensyarah membuatkan mereka berasa terbeban dan tidak mampu untuk menyelesaikannya.

Walau bagaimanapun, orang ramai memberikan reaksi yang berbeza di mana mereka merasakan perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan pelajar pada zaman sekarang ini dilabelkan sebagai ‘terlalu dimanjakan’.

Segelintir individu mengakui bahawa kehidupan di universiti sememangnya mengelirukan dan mencabar, manakala kerja-kerja yang berlebihan juga boleh memudaratkan kesihatan mental pelajar.

Oleh itu, pelajar berhak untuk bersuara, tetapi ia mesti dilakukan dengan cara yang terhormat dan di medium yang betul/sesuai.

Orang ramai juga berkongsi nasihat tentang cara menjaga kesihatan mental dan fizikal, mengimbangi proses pembelajaran dan keseronokan di luar, serta mengharungi tiga atau empat tahun di universiti.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd