[Video] 8 Kenderaan Buat ‘U-turn’ Berjemaah Di Jalan Raya. Seragam Pula Tu!
Aksi lapan kenderaan membuat pusingan U beramai-ramai itu dipercayai berlaku di Segambut, Kuala Lumpur.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Zaman sekarang ini penting untuk adanya ‘dashcam’ pada setiap kenderaan kerana mungkin rakaman video tersebut boleh dijadikan bukti sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
Lebih-lebih lagi apabila pelbagai jenis ragam pengguna jalan raya yang kita boleh lihat. Contohnya memasuki simpang tanpa memberi signal, memandu melebihi had laju dan sebagainya.
Memang kena banyak bersabar apabila berada di jalan raya ini.
BACA JUGA: [Video] Geng Rider Didakwa Bawa Motor Lawan Arus Di Jalan Raya Sebab Nak Elak Polis
Kereta buat pusingan U beramai-ramai di jalan raya
Menerusi perkongsian video dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (Mentari Senja), satu rakaman dashcam memaparkan aksi lapan buah kenderaan pacuan empat roda membuat pusingan U secara serentak. Kejadian berkenaan dipercayai berlaku di jalan raya berhampiran Segambut, Kuala Lumpur.
Rakaman tersebut menjadi perhatian ramai apabila pusingan U yang dibuat oleh kelapan-lapan kenderaan dilakukan dengan kemas. Macam semua sudah berpakat pula.
Ditambah pula dengan adanya lagu tema dari filem The Fast and Furious: Tokyo Drift membuatkan rakaman dashcam itu nampak agak menarik.
Video berkenaan telah berjaya meraih 10,000 tontonan ketika artikel ini ditulis.
Orang ramai teruja tengok aksi pusingan U secara serentak
Kebanyakan pengguna TikTok yang melihat video itu agak teruja dan terpukau melihat kekemasan pusingan U tersebut. Ramai menganggap kesemua pemandu seolah-olah sudah membuat latihan.
Namun, ada juga yang kurang senang menonton video berkenaan kerana aksi sedemikian pernah menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.
Walaupun aksi ini nampak ‘cool’, tetapi anda diingatkan untuk tidak melakukan perbuatan tersebut kerana telah melanggar Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) Seksyen 79 (2) dan kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 yang hanya membenarkan pusingan U di kawasan dibenarkan sahaja.
Pengguna jalan raya yang membuat ‘U-turn’ di kawasan tanpa tiada papan tanda pusingan U dikira sebagai satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM500.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.