Hampir Terjun Ke Landasan LRT, Lelaki Ini ‘Tersedar’ Lepas Dengar Laungan Azan & Panggilan Dari Rakan
Sebelum berniat untuk terjun ke landasan LRT, lelaki ini sudah siap menulis mesej terakhir kepada ibu bapanya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Seseorang boleh kelihatan normal dan menjalani kehidupan seperti biasa, tetapi kita tidak tahu apa yang sedang bermain di dalam fikiran mereka.
Sebelum ini, seorang lelaki berusia 28 tahun berniat untuk terjun dari Jambatan Sultan Mahmud, Terengganu kerana stres dengan masalah peribadi. Walau bagaimanapun, tindakan lelaki berkenaan berjaya dihalang oleh orang awam.
BACA JUGA: [Video] Lelaki Ini Tak Jadi Terjun Jambatan Di Terengganu Lepas Dipujuk Orang Awam
Berikutan peningkatan kes bunuh diri yang dilaporkan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil langkah dengan mewujudkan talian bantuan sokongan psikososial seperti Talian Kasih (KPWKM) di 15999 dan KSK Centre (JAKIM) di 03-8870 7515.
Lelaki ini berniat terjun ke landasan LRT untuk bunuh diri
Baru-baru ini, tular di media sosial perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (@FarisNazrin18) tentang kisah perjalanan hidupnya dahulu yang hampir bertindak untuk membunuh diri.
Lelaki bernama Faris Nazrin ini mula mengimbau kembali kisah apabila dirinya berniat untuk menerjun ke landasan LRT ketika dia terjumpa satu gambar lama di dalam galeri.
Faris menceritakan saat itu dia sudah siap menulis mesej terakhir untuk dihantar kepada ibu bapanya sementara menunggu ketibaan LRT dalam tempoh enam minit dan akan terjun ke landasan tren tersebut.
Keajaiban kata-kata menghalang lelaki ini dari terjun ke landasan LRT
Namun, niatnya itu terbantut apabila rakannya tiba-tiba menelefon untuk bertanya khabar dan memberitahu bahawa dia masih mengambil berat tentang dirinya. Pada masa yang sama, Faris terdengar laungan azan serta membuatkan dirinya tersedar dan terus bergegas ke masjid bagi menunaikan solat fardu Isyak.
Ketika selesai solat, Faris menangis sambil berdoa sepenuh hati agar dirinya diberikan kekuatan untuk melawan penyakit mental yang sedang dialaminya.
Faris juga menekankan bahawa kata-kata seseorang mampu mempengaruhi kehidupan individu lain sama ada ke arah yang lebih baik atau sebaliknya.
Bagi yang selalu mengamalkan kata-kata baik untuk membantu seseorang dalam kesusahan, saya doakan syurga untuk anda. Sebab apa yang menyelamatkan saya pada malam itu adalah kata-kata yang menenangkan.
Muhammad Faris Nazrin.
⚠️ TW: Attempted Suicide ⚠️
— Muhammad Faris Nazrin (@FarisNazrin18) July 5, 2022
Saja browse gambar lama, tetiba keluar gambar ni.
Waktu ni aku dah nekad. Whatsapp suicide utk Mama Ayah dah tulis, gambar pun dah amik. Aku dah nekad utk terjun ke landasan LRT.
Tren akan tiba dlm masa 6 minit dan aku hanya ada selama tu utk hidup. pic.twitter.com/plsPnQl4x4
Orang ramai kongsi pengalaman sama yang pernah dihadapi
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh lelaki berkenaan, pengguna media sosial turut berkongsi pengalaman sama yang pernah berniat untuk membunuh diri tetapi berjaya dihalang dengan keajaiban kata-kata baik dari seseorang.
Orang ramai turut mendoakan agar Faris diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan menjadi lebih kuat.
Jika anda atau sesiapa sahaja yang dikenali mempunyai masalah menguruskan kesihatan mental, di sini kami menyediakan beberapa sumber yang boleh membantu masalah tersebut:
- MALAYSIAN MENTAL HEALTH ASSOCIATION (MMHA) @+6 03 2780 6803 | E-mail: admin@mmha.org.my | Website: https://mmha.org.my/
- BEFRIENDERS @ KL: +6 03 7956 8145 (24 hours), Ipoh: +6 05 547 7933 (4pm to 11pm), Penang: +6 04 281 5161 (3pm to midnight) | E-Mail: sam@befrienders.org.my | Website: https://www.befrienders.org.my/
- ALL WOMEN’S ACTION SOCIETY (AWAM) @ Telenita helpline: +6 03 7877 0224 | E-Mail: awam@awam.org.my | Website: https://www.awam.org.my
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.