Banjir Di Kedah: Limpahan Air Sungai Kupang Akibat Hujan Lebat Tanpa Henti Jadi Punca Utama
Banjir kilat di Baling, Kedah yang berlaku susulan hujan berterusan serta limpahan Sungai Kupang telah menjejaskan Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Terdahulu pada 16 Mei lalu, hampir 300 buah rumah di Kuala Kedah, Kedah terjejas akibat banjir kilat yang berlaku susulan air pasang laut serta hujan berterusan.
Baru-baru ini, Kedah dilaporkan banjir kilat sekali lagi semalam (4 Julai) di daerah Baling akibat hujan lebat berterusan lebih tiga jam sehingga mengakibatkan limpahan air Sungai Kupang.
Antara kawasan yang terjejas adalah seperti Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas di Mukim Kupang.
Sehingga jam dua pagi hari ini (5 Julai), sebanyak 20 buah rumah yang mengalami kerosakan dan 334 mangsa banjir dari sembilan kampung di daerah Baling dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Penduduk sekitar kongsi keadaan banjir di Baling, Kedah menerusi media sosial
Keadaan banjir kilat yang melanda Baling, Kedah juga banyak dikongsikan oleh orang ramai di media sosial.
Kampung Iboi dan Kampung Pisang, Baling,Kedah terjejas dengan banjir lumpur lewat petang tadi. Semoga dipermudahkan urusan mereka.
— 🇲🇾Bencana2022🇲🇾 (@bencana2022) July 4, 2022
Kredit: Pemilik Video pic.twitter.com/6fncntKn64
Keadaan banjir di Baling, Kedah. Rakaman oleh seorang pelajar sekolah yang terlibat dengan bencana tersebut.
— 🇲🇾Bencana2022🇲🇾 (@bencana2022) July 4, 2022
Kredit: Pemilik Video pic.twitter.com/Bt2IEmYIxg
Banjir di Sik dan Baling, Kedah semalam.
— 🇲🇾Bencana2022🇲🇾 (@bencana2022) June 27, 2022
Kredit: Ustaz Zamri pic.twitter.com/Kt2vc9vtOC
Lima buah rumah termasuk penghuninya dipercayai hanyut akibat banjir di Kampung Celak Iboi, Baling, Kedah. #malaysia #banjir pic.twitter.com/yNxcXUDZaz
— Netusha Chan (@NetushaC) July 5, 2022
Tiga mangsa dilaporkan hilang daripada bencana banjir di Baling, Kedah
Sehingga pagi ini (5 Julai), Ketua Polis Daerah Baling Supritenden Shamsudin Mamat memaklumkan seramai tiga orang individu dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir melanda Kampung Iboi.
Ketiga-tiga mangsa adalah:
- Salmah Mat Akib (53 tahun)
- Mohd Khairul Ikhwan (14 tahun)
- Nurul Hanis Abu Hassan (23 tahun)
Menurut laporan Astro Awani, operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga orang mangsa sedang giat dijalankan dengan bantuan beberapa agensi tambahan.
Sama-sama kita mendoakan agar mangsa banjir di Baling, Kedah dipermudahkan urusan dan semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini.
BACA JUGA: Pertama Kali Hadapi Banjir? Ini Tips Yang Anda Perlu Tahu
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.