Now Reading
Nak Tengok Mat Kilau, Seat Pula Diambil Orang. Tindakan Lelaki Ini Dipuji Ramai, Tenang Je

Nak Tengok Mat Kilau, Seat Pula Diambil Orang. Tindakan Lelaki Ini Dipuji Ramai, Tenang Je

Pasangan suami isteri ini lewat tiba di panggung wayang kerana menunaikan solat maghrib terlebih dahulu.

penonton lain ambil tempat duduk di panggung wayang (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof telah menarik perhatian orang ramai daripada tayangan pertama sehingga ke hari ini.

Filem terbitan Kembara Studio ini telah mengutip RM11 juta dalam tempoh hari tayangan di panggung wayang. Pelbagai reaksi positif dari masyarakat tempatan selepas menonton filem tersebut di panggung wayang. Boleh katakan ramai yang suka dengan filem ini.

BACA JUGA: Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan Raih RM11 Juta Dalam Masa 4 Hari Tayangan

Tempahan tempat duduk di panggung wayang diambil orang lain

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook (Syukri Sufian) berkongsi pengalaman pahit ketika ingin menonton filem Mat Kilau di panggung wayang bersama isterinya. Pasangan ini telah membeli tiket secara atas talian sehari sebelumnya.

Disebabkan waktu tayangan filem tersebut itu pada jam 7.40 malam, jadi mereka berdua mengambil keputusan untuk menunaikan solat maghrib terlebih dahulu dan tiba lewat kira-kira 10 hingga 15 minit ke dalam panggung wayang.

Namun mereka berdua agak terkejut apabila tempat duduk yang ditempah telah diambil oleh orang lain. Pada mulanya lelaki ini ingin membuka mulut dan bertanya tentang kekeliruan tersebut tetapi isterinya terus menarik tangan suaminya ke tempat duduk atas yang sedang kosong.

Sumber: JUICE

Disebabkan risau sekiranya tempat yang diduduki itu sudah ditempah orang lain, mereka bercadang untuk keluar dari panggung wayang berkenaan sekiranya ada yang datang menuntut tempat duduk tersebut.

Nasihat kepada orang ramai untuk tidak mengambil hak orang lain

Lelaki ini menjelaskan dia enggan mengeruhkan keadaan kerana filem berkenaan sudah mula ditayangkan. Tak sedap hati pula kalau mereka menimbulkan kekecohan dan menggangu pengunjung lain yang ingin menonton filem Mat Kilau itu.

Mereka juga tidak mahu menyebabkan pergaduhan atau tidak puas hati daripada mana-mana pihak. Jadi, pasangan ini terpaksa menonton filem berkenaan dalam keadaan yang kurang seronok dan gelisah.

Ramai puji sikap sabar pasangan ini

Menjengah di ruangan komen hantaran dimuat naik itu, kebanyakan orang ramai memuji sikap dan adab yang ditunjukkan oleh pasangan berkenaan untuk menghormati penonton lain.

Ada juga netizen yang berkongsi pengalaman sama ketika ingin menonton filem Mat Kilau di panggung wayang.

Selain itu, ramai juga yang berpendapat bahawa mereka sepatutnya membuat laporan kepada pihak panggung wayang untuk memberi pengajaran kepada penonton yang mengambil hak orang lain.


Tak kisahlah di mana-mana tempat sekali pun, kita tak boleh mengambil hak orang lain terutamanya apabila tempahan sudah dibuat.

Walaupun ada tempat duduk kosong sekali pun, tiada alasan untuk sesuka hati memenuhi ruang berkenaan dengan meletakkan barangan peribadi atau sebagainya.

Semoga perkongsian ini dapat dijadikan pengajaran kepada orang ramai di luar sana.

BACA JUGA: “Kereta Siapa Ni?” – Tuan Rumah Balik, Siap Ada Myvi Parkir Dalam Pagar


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd