Now Reading
Isteri Bekas CEO Cradle Fund & Dua Remaja Bebas Tuduhan Membunuh

Isteri Bekas CEO Cradle Fund & Dua Remaja Bebas Tuduhan Membunuh

Mahkamah memutuskan selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Samirah dan dua remaja tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Hari ini (21 Jun), setelah empat tahun, isteri kepada arwah Nazrin Hassan iaitu Samirah Muzaffar dan dua remaja dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam di atas pertuduhan membunuh bekas Ketua Pegawai Eksekutif  (CEO) Cradle Fund Sdn. Bhd.

Menurut laporan, Hakim Datuk Ab. Karim Ab. Rahman membuat keputusan berkenaan selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan prima facie di akhir kes pendakwaan terhadap ketiga-ketiga tertuduh.

Dalam penghakimannya, Ab. Karim tiada bukti yang menunjukkan ketiga-tiga tetuduh bersama si mati seperti dalam pertuduhan.

Sebelum ini, pada 7 April lalu mahkamah sudahpun selesai mendengar hujahan daripada kedua-dua belah pihak di akhir kes pendakwaan.

Seramai 57 saksi pendakwaan dipanggil pada prosiding bicara peringkat pendakwaan.

Pasukan pendakwaan dianggotai oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah; Tengku Intan Suraya Tengku Ismail dan Nur Sabrina Abu Bakar.

Manakala pasukan pembelaan terdiri daripada peguam iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Rahmat Hazlan.

Menurut pertuduhan, Samirah Muzaffar, 47, dan dua lagi remaja serta seorang individu yang masih bebas iaitu warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari telah didakwa dengan niat bersama-sama melakukan pembunuhan yang menyebabkan kematian mangsa.

Kesalahan telah dilakukan di sebuah rumah di Mutiara Damansara, kira-kira jam 11.30 malam, 13 Jun 2018 dan 4 pagi, 14 Jun 2018.

Terdahulu pada 14 Februari lalu, pihak pendakwaan telah bertindak menutup kesnya selepas memanggil 57 saksi termasuk ahli keluarga Nazrin.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd