Gara-gara Cium Pipi Anak, Ibu Ini Kesal Anaknya Dijangkiti Virus HSV
Pada mulanya, simptom yang timbul hanyalah sebiji ketulan bagaikan jerawat di bahagian pipi anaknya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Seorang wanita menerusi Facebook miliknya (Jaime Lippold) pada 5 Mei lalu telah berkongsi pengalaman hitam yang dialami olehnya serta anak perempuannya apabila dijangkiti virus merbahaya.
Jaime berkongsikan moment hitam dalam hidupnya itu menerusi satu hantaran setelah hampir dua minggu cuba untuk menyembuhkan virus tersebut.
Penulisannya ini bukanlah untuk menakutkan orang ramai, tetapi hanya untuk dijadikan sebagai pengajaran yang perlu diambil oleh ibu bapa di luar sana.
Pada mulanya hanya seketul jerawat
Menceritakan kejadian tersebut, pada 25 April, anak, Aubree dilihat mempunyai ketulan seperti jerawat di bahagian muka. Beberapa hari selepas, luka menjadi lebih besar dan mula timbul jangkitan.
Aubree mula demam, dan jatuh sakit. Dia berhenti makan dan enggan bangun dari sofa. Jaime membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan segera pada 27 dan 29 April.
Kedua-dua kali dia didiagnosis dengan impetigo, dan dihantar terus diminta pulang dengan minyak sapu (topical ointment) untuk digunakan pada kawasan jangkitan.
“Pagi Sabtu dia bangun dan bintik itu bertambah dua kali ganda, demamnya kembali, dan dia berasa sakit lagi. Kali ini kami membawanya ke Hospital Kanak-kanak di mana dia segera dimasukkan ke dalam hospital oleh kerana jangkitan itu. Dia diberikan ubat antibiotik dan antibodi yang agresif untuk melawannya,” jelas Jaime.
4 hari di dalam wad, Aubree sah dijangkiti virus HSV-1 Herpes Simplex
Jaime memberitahu menerusi hantaran sama bahawa anaknya itu telah berada di unit pediatrik selama empat hari sementara menunggu jawapan dari pakar. Akhirnya, pakar mengesahkan Aubree dijangkiti virus HSV-1 Herpes Simplex (juga dikenali sebagai kudis sejuk).
“Kerana saya mengalami kudis selsema yang tidak sembuh sepenuhnya, dan bermain-main mencium anak perempuan saya, saya menularkan virus kepadanya melalui jerawat kecil di mukanya,” jelas Jaime.
HSV boleh membawa maut
Jaime menerusi hantaran sama menegaskan bahawa, “HSV sebenarnya boleh membawa maut kepada bayi/kanak-kanak. Saya lega kerana kami membawanya berjumpa dengan pakar dan tidak menunggu lama untuk melihat sama ada minyak sapu yang diberikan berkesan atau sebaliknya.”
Mengulas lanjut, anaknya kini masih menjalani kitaran antibiotik selama 10 hari, tetapi boleh diambil di rumah oleh kerana jangkitan itu dilihat semakin hilang.
“Kami sangat bersyukur kerana sudah berada di rumah, dan dia sangat gembira kerana keluar dari hospital. PSA – jangan cium bayi apabila anda mengalami kudis sejuk. Jangan cium mereka walaupun sakit anda telah “sembuh”. Jika kudis itu kelihatan muncul, ia boleh menjangkiti orang lain,” tegas Jaime.
Apa Itu Herpes Simpleks Jenis 1 (HSV-1)?
Herpes simpleks jenis 1 (HSV-1) selalunya akan menyebabkan jangkitan di bahagian mulut.
Menurut MyHEALTH, jangkitan bermula apabila cecair terjangkit daripada pengidap jangkitan memasuki mukosa mulut, kulit yang terbuka/terluka dan juga mata.) seseorang yang sihat (proses inokulasi).
Virus HSV ini kemudiannya akan bergerak melalui saraf sensori pesakit dan menghuni di ganglion sesuatu saraf contohnya ganglion saraf Trigeminal.
Ini akan mengakibatkan jangkitan pendam atau jangkitan tidak aktif secara klinikal di ganglion tersebut untuk suatu tempoh yang tidak diketahui.
Keadaan di mana HSV ini dorman di luar sel neuron seperti di sel epithelia kulit merupakan penyebab kepada jangkitan HSV berulang di kawasan bibir atau dipanggil jangkitan herpes labialis berulang.
Untuk rekod, jangkitan Herpes Simpleks kebanyakannya adalah subklinikal, iaitu tidak menampakkan tanda-tanda jangkitan dan berlaku pada kanak-kanak dan remaja.
Jangkitan HSV primer pula lebih kepada kanak-kanak 6 bulan ke 5 tahun. Virus ini boleh tersebar melalui sentuhan kulit ke kulit dengan orang dewasa yang dijangkiti.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.