Now Reading
Dr Sheikh Muszaphar Tinggal Nota ‘To-Do-List’ Buat Isteri, Dr Halina Pula Beri Respon Kelakar!

Dr Sheikh Muszaphar Tinggal Nota ‘To-Do-List’ Buat Isteri, Dr Halina Pula Beri Respon Kelakar!

“What would I do without you?” – Dr Halina.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Dr Sheikh Muszaphar yang terkenal sebagai angkawasan negara pertama baru-baru ini telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya memberitahu beliau bakal berangkat ke Jakarta untuk tiga hari.

Beliau yang mempunyai 6 orang anak turut meluahkan perasaan tidak senang apabila perlu meninggalkan mereka di rumah. Tambahan pula, isterinya, Dr Halina perlu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu secara bersendirian tanpa suami.

Anak ramai dan banyak tanggungjawab, mana tak risau si suami, kan?

Umum sedia maklum bahawa Dr Sheikh Muszaphar merupakan seorang individu yang layak digelar ‘Superdad’.

Mana tidaknya, beliau yang kini mempunyai enam orang anak dilihat mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ayah dan suami dengan baik sambil memberi didikan buat kesemua anak-anaknya.

Malah, beliau turut berkongsikan beberapa tips berguna untuk mendidik anak-anak di peringkat awal buat parents di luar sana.

P.S: Dr Sheikh Muszaphar pernah memberitahu beliau memang sukakan keluarga yang besar dan anak yang ramai.


Nak berangkat ke Jakarta, Indonesia selama 3 hari. Dr Sheikh Muszaphar tinggalkan ‘chores’ untuk isteri.

Dr Sheikh Muszaphar hari ini telah memuat naik satu hantaran tangkap layar perbualan WhatsApp di antaranya dan isteri, Dr Halina di mana beliau dilihat memberikan senarai perkara yang perlu dilakukan/diuruskan sepanjang ketiadaannya.

Jika dilihat, bermula dari 6:45 pagi sehingga 6:45 petang, senarai itu hanya melibatkan pengurusan kesemua anak-anaknya termasuk dua bayi kembar mereka.

Hebat sungguh, padat jadual tu.

Leaving for Jakarta. I’m heading to Jakarta for 3 days and feeling dreadful about leaving the Family behind. I left some chores for Dr Halina. I’m glad she took the day off to handle the kids. Tu baru hantar & pick up the Children. I realised now why Adam & Noah are sick . They could sense I was leaving them . Just like Bella & Tasha back then . Such a strong bond.

Dr Sheikh Muszaphar menerusi Instagram.

Mesej ‘to-do-list’ tersebut pula dibalas oleh Dr Halina dengan mengatakan “What would I do without you’.

Namun siapa sangka, hantaran tersebut turut dibalas oleh Dr Halina dengan komen yang begitu mencuit hati. Kononnya Adam dan Noah tengah tak sihat, Dr Halina pun nak demam katanya.

Kami tengok list tu pun rasa nak demam. 😀

Malah, netizen turut meninggalkan komen memuji cara beliau menyusun jadual untuk anak-anak.

Tabik spring!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd