Now Reading
Wanita Ini Sanggup Sara Keluarga, Suami Jaga Anak Di Rumah Sejak Menganggur Dari 2019

Wanita Ini Sanggup Sara Keluarga, Suami Jaga Anak Di Rumah Sejak Menganggur Dari 2019

Lelaki ini memaklumkan bahawa dia sudah menggangur sejak tahun 2019 selepas gagal melepasi ujian kelulusan untuk menjadi kakitangan kerajaan.

suami jaga anak, isteri pergi kerja

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Perkahwinan memerlukan komitmen yang tinggi kerana kita akan meneruskan kehidupan dengan pasangan sepanjang hayat. Dan sudah pastinya, masing-masing mengharapkan hubungan yang berkekalan.

Namun sebelum keputusan itu dibuat, ada beberapa perkara yang perlu dibincangkan seperti hal pengurusan keluarga dan kewangan kerana perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh dianggap mudah.

Bila sudah bergelar suami isteri, ada banyak tanggungjawab yang perlu digalas.

BACA JUGA: Ini Antara Nasihat Kewangan Buat Mereka Yang Bakal Berkahwin

Suami jaga anak, isteri keluar bekerja

Dalam rumahtangga, kebiasaannya kita akan tengok wanita menjaga anak manakala suami keluar bekerja, betul tak?

Tetapi lain pula yang terjadi kepada pasangan dari Sulawesi, Indonesia ini apabila tugas tersebut telah bertukar. Isteri yang keluar bekerja manakala suaminya yang menjaga anak di rumah.

Kisah mereka ini mula tular di TikTok selepas satu video dimuat naik oleh suami tersebut (dedirosalam) sambil menceritakan perjalanan hidup mereka sebelum dan selepas berkahwin.

Sumber: TikTok/dedirosalam

Menurut bapa dikenali sebagai Dedi itu memaklumkan bahawa dia sudah menggangur sejak tahun 2019 selepas gagal melepasi ujian kelulusan untuk menjadi kakitangan kerajaan.

Saya dan isteri pada ketika itu mengambil ujian tersebut bersama-sama tetapi isteri saya sahaja yang lulus ujian berkenaan. Walaupun saya mempunyai diploma dalam jurusan teknik komputer, tetapi belum ada rezeki menerima tawaran bekerja.

Dedi Rosalam.

Meskipun masih menganggur, Dedi bersyukur apabila isterinya tetap memilih untuk berkahwin dengannya. Disebabkan itu, bapa ini memilih untuk tinggal di rumah sambil menjaga anak sementara isterinya keluarga bekerja.

Ada masanya saya rasa malu dengan jiran-jiran setiap kali isteri keluar bekerja dan saya hanya duduk di rumah menjaga anak.

Dedi Rosalam.

Pada masa yang sama, Dedi juga bersyukur apabila keluarga mentuanya sangat memahami keadaan Dedi dan kini dia mula mencari pendapatan sampingan dengan membuat konten media sosial.

Video perkongsian ini telah meraih 14.6 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@dedirosalam/video/7103756690251681051?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6967153737346041346

Netizen doa yang baik-baik

Di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan supaya lelaki tersebut dimurahkan rezeki dengan mendapat tawaran pekerjaan pada masa akan datang.

Setiap orang ada rezeki masing-masing. Kalau bukan dari segi kewangan atau kerjaya, dapat pasangan yang memahami serta keluarga yang bahagia pun dikira satu rezeki.

Yang penting, kita kena teruskan usaha dan bertawakal kepada Tuhan.

BACA JUGA: [Video] Bapa Sanggup Tunggu Anak Depan Pejabat Setiap Hari Untuk Makan Bersama


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd