Proses ‘Cloud Seeding’ Guna Garam Di Dapur Rupanya!
Disebabkan paras takungan air di Kolam Bukit Merah, Perak sudah pada tahap kritikal, maka operasi pembenihan awan perlu dilakukan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Sebelum ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan bahawa krisis kemarau di seluruh dunia semakin serius dengan berlakunya peningkatan 29% dalam bilangan dan tempoh masa fenomena itu sejak tahun tahun 2000.
Fenomena kemarau ini telah menjejaskan kehidupan penduduk sehingga mengakibatkan kekurangan bekalan makanan seperti gandum.
BACA JUGA: India Sekat Eksport Gandum. Apa Kesannya Kepada Malaysia & Seluruh Dunia?
Bekalan air juga dalam keadaan kritikal
Bukan sahaja dari segi bekalan makanan, paras air dalam empangan di Malaysia juga berada pada tahap kritikal.
Pada akhir bulan Mei, paras air di Kolam Bukit Merah, Perak telah mencapai tahap kritikal sehingga bacaan 20 kaki berdasarkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kerian.
Berdasarkan perkongsian di Twitter (@FareezAzmann), Operasi Pembenihan Awan di sekitar Kerian, Perak dilakukan pada Sabtu lalu (18 Jun) dengan menggunakan pesawat C130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Pesawat C-130 Hercules berlepas jam 12.30 tengahari tadi.
— Fareez Azman (@FareezAzmann) June 18, 2022
Pesawat dijangka tiba di Kerian 30 minit sebelum mula semburan garam.
Menurut @metmalaysia hari ini dan esok cuaca paling baik untuk pembenihan awan (cloud seeding). @501Awani #AWANInews pic.twitter.com/XN07j3ZfjC
Proses pembenihan awan melibatkan 4,800 liter semburan larutan garam dilakukan dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), TUDM, Jabatan Meteorologi Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Operasi Pembenihan Awan dgn kerjasama MAFI, TUDM dan @metmalaysia
— Fareez Azman (@FareezAzmann) June 18, 2022
All the best for our unsung heroes!
Jika Operasi ini tidak dijalankan, lebih 9,000 pesawah terjejas akibat kekurangan air. @501Awani #AWANInews pic.twitter.com/t7iQ1T2d86
Macam mana proses pembenihan awam?
Untuk pengetahuan anda, proses pembenihan awan ini hanya menggunakan garam yang selalu digunakan di dapur.
Ada yg tanya, garam apa digunakan?
— Fareez Azman (@FareezAzmann) June 18, 2022
Garam yang biasa kita guna tu digunakan utk Pembenihan Awan.
Ini proses mencampurkan garam dan air.
Operasi ini juga atas kerjasama @mynadma @501Awani #AWANInews pic.twitter.com/uR03yOJVe9
Ada apa-apa kesan ke semburan ini kepada kesihatan kita? Jawapannya TIADA.
Ada kesan semburan larutan garam?
— Fareez Azman (@FareezAzmann) June 18, 2022
“Dari segi kesannya tiada, ramai yang risau kita sembur garam.
“Ia hanya garam biasa dan kita guna kuantiti yang sedikit utk disembur di awan, berbanding kandungan air dalam awan itu sendiri” – TKP Operasi @metmalaysia Lim Ze Hui. pic.twitter.com/xtrAMgG463
Apa yang penting dalam operasi ini adalah untuk mengesan awan Kumulus yang tebal untuk disembur pada ketinggian 7,000 kaki dengan dua tong larutan air garam.
Semburan dimulakan kira-kira jam 1.00 petang di daerah Kerian.
— Fareez Azman (@FareezAzmann) June 18, 2022
Awan Kumulus tebal berjaya dikesan.
Dua tong semburan larutan air garam ambil masa 20-30 minit.
Pasukan Cloud Seeding @metmalaysia dan TUDM mula menjalankan operasi. @501Awani #AWANInews pic.twitter.com/gt58IBTWkx
Semburan dibuat pada ketinggian 7,000 kaki.
— Fareez Azman (@FareezAzmann) June 18, 2022
Operasi selesai jam 3.00 petang, diharapkan kuantiti hujan bertambah di daerah Kerian dalam masa terdekat.
Tq TUDM, NADMA, MAFI, MetMalaysia! @501Awani #AWANInews pic.twitter.com/tFTdX1G2cX
Kalau anda nak tahu, sebenarnya ada dua jenis pembenihan awan iaitu:
- Basahan
- Menggunakan larutan air garam.
- 1,200 liter air dicampur dengan 200 kilogram garam dan mempunyai empat tong khas untuk semburan.
- Air garam akan mempercepatkan proses kondensasi dan menghasilkan hujan.
- ‘Flare‘ menggunakan pesawat ringan.
- Flare mengeluarkan partikel garam untuk dilarutkan dalam awan Kumulus
Di Malaysia, kaedah basahan digunakan kerana lebih mudah larut dalam awan. Kalau anda ingin memahami lebih lanjut tentang proses pembenihan awan, boleh lihat video di bawah.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.