Lampu Malap, Kipas Rosak & Beberapa Masalah Serius Lain Di Stesen LRT Subang Alam
Antara masalah penyelenggaraan yang berlaku di stesen LRT Subang Alam adalah seperti lampu malap dan lantai licin ketika hujan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Sejak kebelakangan ini, sistem pengangkutan awam di Malaysia dilihat mengalami beberapa masalah sehingga menyebabkan kesukaran kepada para pengguna.
Sebelum ini, stesen LRT Pasar Seni sesak dengan orang ramai sehingga ke eskalator untuk beratur menunggu giliran. Jumlah pengguna dipercayai semakin bertambah gara-gara kelewatan tren selama lima minit akibat kerja menaik taraf LRT.
Stesen LRT tidak diselenggara dengan baik
Baru-baru ini, salah seorang pengguna LRT mendedahkan di laman Twitter miliknya (HarizRahim) tentang beberapa masalah penyelenggaraan di stesen LRT Subang Alam yang tidak dijaga dengan baik.
Untuk pengetahuan anda, stesen LRT Subang Alam merupakan sebahagian daripada Projek Penyamburan Jajaran LRT pada tahun 2016 yang diluaskan dari stesen LRT Kelana Jaya sehingga ke stesen LRT Putra Heights.
Walaupun baru sahaja beroperasi kurang dari 10 tahun, tetapi terdapat beberapa kekurangan yang perlu segera diperbaiki untuk menjaga kebajikan pengguna.
Antaranya adalah seperti berikut:
1. Lampu di laluan pejalan kaki
Lampu di laluan pejalan kaki sememangnya sangat penting pada waktu malam bagi mengelakkan kejadian tidak diingini, terutamanya kepada kaum wanita. Zaman sekarang banyak sangat kes jenayah yang berlaku.
Tetapi lampu pejalan kaki di stesen ini tidak berfungsi dan boleh menyebabkan pengguna berasa kurang selamat sekiranya ingin berjalan kaki.
Lampu jalan dari traffic light masuk stesen sampai ke entrance semua tak hidup, lampu yang ada dekat parking aku rasa boleh kira dengan jari.
— HRH The Duke of Taipan (@HarizRahim) June 15, 2022
How is this safe for passengers yang balik lambat especially perempuan? pic.twitter.com/vy9tfyUsPY
2. Pintu masuk yang malap
Papan tanda stesen pun dilihat sudah pudar dan kurang jelas jika ingin dicari pada jarak jauh. Bukan itu sahaja, lampu di pintu masuk juga hanya beberapa sahaja yang berfungsi.
Next, entrance.
— HRH The Duke of Taipan (@HarizRahim) June 15, 2022
Papan tanda dah pudar satu hal, ni tambah lagi dengan lampu tinggal sebatang dua je yang hidup.
Lampu sepanjang escalator tak bukak. Mujur escalator boleh pakai. Pasal tu aku taknak sentuh sebab ramai dah complain. pic.twitter.com/lFMF6hkB44
Keadaan malap ini juga menyebabkan papan tanda penunjuk arah sukar untuk lihat di bahagian atas.
Next, concourse.
— HRH The Duke of Taipan (@HarizRahim) June 15, 2022
Now, untuk able-bodied macam aku mungkin tak ada masalah. Tapi kalau jenis pakcik makcik yang rabun and ada bad visibility macam glaukoma kau sendiri imagine diorang nak baca signage dekat stesen yang malap macam ni.
Boleh kata everyday gelap macam ni. pic.twitter.com/n3v1E6aexp
3. Bumbung ‘bocor’ setiap kali hujan
Keadaan hujan lebat juga mengakibatkan stesen ini dikatakan sentiasa mengalami ‘kebocoran’ sehingga tempat duduk penuh dengan air hujan.
Lantai yang basah terkena air hujan turut boleh membahayakan keselamatan para pengguna.
Next, platform.
— HRH The Duke of Taipan (@HarizRahim) June 15, 2022
Aku lupa nak cakap aku sampai sini lepas hujan. Assuming this is a fairly new station, korang judge sendiri macam mana boleh leaking sampai bangku nak duduk pun basah.
Tak masuk isu lantai licin lagi, dah satu hal cleaner nak kena mop setiap kali lepas hujan. pic.twitter.com/vLiCU9HcEN
4. Kipas tidak berfungsi
Beberapa kipas yang disediakan di platform menunggu tidak semuanya berfungsi meskipun suis sudah dihidupkan pada kelajuan maksimum.
Still on platform.
— HRH The Duke of Taipan (@HarizRahim) June 15, 2022
Kipas ni aku rasa ada dalam 3-4 kat platform ni, tapi aku boleh kata semua tak hidup.
Dekat suis full speed, plug on, tapi apa pun tak ada. Harapkan angin sepoi sepoi je. pic.twitter.com/XNMsfaopSH
5. Keadaan malap di platform
Bukan sahaja di pintu masuk, malah platform menunggu tren juga agak malap kerana tidak semua lampu dibuka. Siap ada cahaya berkelip-kelip lagi.
Nah aku up satu video kat platform nak tunjuk keadaan waktu malam macam mana. Don't come at me kata "oh dah malam takde orang buat apa bukak lampu semua" eh hello kau tak faham safety ke? Especially untuk penumpang wanita and orang tua?
— HRH The Duke of Taipan (@HarizRahim) June 15, 2022
Lampu kelip tu stei do macam filem zombi. pic.twitter.com/2AWyQXhCxC
Ini adalah salah satu keadaan di stesen USJ 7. Menyeramkan!
Kalau korang rasa aku exaggerate pasal lighting kat stesen ni, meh aku tunjuk satu lagi stesen.
— HRH The Duke of Taipan (@HarizRahim) June 15, 2022
Ni dekat stesen USJ 7, interchange dengan BRT Sunway line.
Now kau imagine mak or kakak or adik perempuan kau balik kerja lalu sini sorang-sorang. pic.twitter.com/BhO3HSncw2
6. Struktur tandas yang agak pelik
Pengguna ini meluahkan rasa hairan apabila melihat kedudukan cermin dan tempat sabun tangan di dalam tandas stesen LRT Subang Alam yang agak jauh dengan sinki.
Cakap pasal functionality, aku nak tegur sikit tandas dekat stesen LRT ni. Again, ni stesen baru , so aku nak korang judge apa benda yang diorang ni pikir masa design tandas ni. pic.twitter.com/ZPC1I4pJCK
— HRH The Duke of Taipan (@HarizRahim) June 15, 2022
Pihak Rapid KL ambil maklum
Lelaki ini bersetuju dengan kenyataan dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq berkenaan budaya penyelenggaraan yang agak ‘kelaut’ selepas sesuatu pembinaan telah siap.
Bagi pengguna ini, kualiti penjagaan sesuatu tempat itu lebih penting berbanding struktur moden yang mungkin boleh menyebabkan kekurangan dari segi fungsinya.
tak guna do. Buat bazir duit cukai rakyat je.
— HRH The Duke of Taipan (@HarizRahim) June 15, 2022
Orang taknak stesen lawa-lawa, cukup berfungsi dengan baik je. Eskalator dengan lif berfungsi, kawasan stesen terang, tandas terjaga, frekuensi tren konsisten. Tu je.
Functionality > Aesthetics
Aduan oleh lelaki ini telah pun mendapat perhatian pihak Rapid KL selepas membalas di ruangan komen bebenang ciapan yang dimuat naik.
Hi. Terima kasih atas maklum balas yang diberikan. Perkara ini telah ajukan kepada Rapid Rail untuk perhatian dan tindakan lanjut.
— Ask Rapid KL (@AskRapidKL) June 15, 2022
Kompilasi kerosakan eskalator
Masalah eskalator rosak di stesen LRT bukan lagi perkara asing bagi para pengguna. Boleh dikatakan isu ini telah berlaku dan masih tiada perubahan dilakukan.
Salah seorang pengguna yang lain turut berkongsi beberapa gambar di laman Twitter (farahin65) berkenaan kerosakan pada eskalator di beberapa stesen pengangkutan awam seperti berikut:
- MRT KL Sentral
- MRT Cochrane
- LRT KLCC
- MRT Pusat Bandar Damansara
- MRT Mutiara Damansara
#2 – Cochrane MRT.
— nope. (@farahin65) June 15, 2022
Hope this one does get repaired on time.@AskRapidKL @MyRapidKL @transitmy pic.twitter.com/zk8McmGfUG
#4 : KLCC LRT
— nope. (@farahin65) June 15, 2022
I've heard arguments that this is or is not under KLCC management lah, RapidKL lah. Aku tak peduli. Aku dengan beribu yang lain yang lalu tempat ni nak benda dibaiki ASAP.@AskRapidKL @MyRapidKL @transitmy pic.twitter.com/BHgZCCUqtU
Pengangkutan awam merupakan salah satu alternatif yang digunakan oleh rakyat Malaysia terutamanya untuk ke tempat kerja.
Diharapkan pihak bertanggungjawab dapat segera menyelesaikan masalah ini supaya dapat memberi keselesaan kepada orang ramai bagi menggunakannya dalam kehidupan seharian.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.