Now Reading
Pengurus Besar Nobu KL Kongsi Kisah Perjalanannya Dari ‘Zero to Hero’

Pengurus Besar Nobu KL Kongsi Kisah Perjalanannya Dari ‘Zero to Hero’

Dengan kepelbagaian budaya, agama dan bangsa di Malaysia, Mr Alexander ingin menjadi yang terbaik dan memberikan layanan ‘top notch’ buat setiap pelanggan di Nobu KL.

nobu kl

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


“Started from the bottom, now we’re here”.

Begitulah ungkapan yang boleh digambarkan apabila Pengurus Besar Nobu KL yang baharu sahaja dilantik di restoran tersebut iaitu Mr. Alexander menceritakan serba sedikit kisah menarik tentang dirinya.

Team TRP tidak melepaskan peluang ini untuk bertanyakan tentang latar belakang sejarah karier beliau selama berada di dalam industri F&B.

nobu kl
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Background.

Nama penuh beliau adalah Alexander Inumerable Tito, berumur 34 tahun dan berasal dari Filipina. Beliau telah menceburi bidang pemakanan (F&B) ini selama hampir 15 tahun.

Jika sebelum ini, pada tahun 2008 beliau pernah menjadi Bartender dan Barista di Rostang Altantis Hotel, Dubai sehingga dinaikkan pangkat menjadi Team Leader.

nobu kl
Alexander Inumerable Tito.
(Sumber: Nobu KL)

Setelah itu, beliau mula berkhidmat di Nobu Restaurant di Dubai pada tahun 2012 sehingga 2017 dan beliau mula bersama dengan Nobu KL pada 2017 memegang jawatan sebagai Assistant Restaurant Manager sehingga tahun 2020. Kini, beliau dilantik sebagai General Manager di Nobu KL bermula Februari 2022.


1. Apa Yang Membuatkan Anda ‘Enjoy’ Bekerja Di Nobu KL?

Menjawab soalan tersebut, Mr. Alexander berkata bahawa dia amat menyukai aktiviti yang boleh dilakukan di Kuala Lumpur. Sebagai contoh, memanjat bukit (hiking). Beliau sering juga keluar dan terokai mana-mana lokasi yang mempunyai ‘hidden waterfalls’. Contohnya, di Puchong.

2. Pernahkah Anda Bekerja Bersama Cef Michelin Star?

Mr. Alexander menjelaskan beliau pernah bekerja bersama dengan seorang cef Michelin Star iaitu Michel Rostang ketika berada di Dubai. Nama restoran tersebut adalah Rostang – The French Brasserie.

nobu kl
Cef Michelin Star, Michel Rostang.
(Sumber: Le Figaro)

3. Apakah Perkara Paling Sukar Untuk Dikawal Ketika Berada Di Restoran?

Menjawab persoalan yang diajukan oleh team TRP, Mr. Alexander dengan pantasnya menyebut ‘the team’ sebagai perkara yang mudah dan kadang-kala sukar untuk dikawal.

The team can be your best asset, or your worst nightmare.

Mr. Alexander Tito, General Manager untuk Nobu KL.

Mengulas lanjut, beliau berkata seseorang itu harus mengetahui cara dan trick yang betul untuk menjaga kebajikan pasukan mereka. Beliau juga memberitahu supaya setiap individu boleh dikawal dengan cara tersendiri, ini kerana tidak semua individu adalah sama. Mereka mempunyai masalah peribadi tersendiri, dan masih muncul ke tempat kerja untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Oleh itu, beliau merasakan jika ada permasalahan yang timbul, beliau akan cuba sedaya-upaya untuk menyelesaikannya bersama team yang lain. Jika salah seorang pekerja bawahannya membuat salah, beliau akan cuba untuk ‘melepaskan’ kesalahan tersebut dan (jika perlu), beliau akan memanggil untuk berbincang secara bersendirian bersama staf berkenaan.

nobu kl
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Sometimes, you have to praise them in front of everyone, too.

Mr. Alexander Tito, General Manager untuk Nobu KL.

Walau bagaimanapun, beliau turut menyarankan untuk memberikan pujian di hadapan staf yang lain untuk menaikkan konfiden dan semangat mereka.

Bercakap tentang ‘mood’ pekerja/staf, beliau turut memberitahu bahawa cara seseorang itu mengucapkan ‘Selamat Pagi/Good Morning’ adalah definisi ‘mood’ mereka pada hari tersebut. Bermakna, jika suara mereka seakan-akan tiada ‘mood’, mungkin ada sesuatu yang personal berlaku di rumah.

“That’s how I measure/treat them for the day. And, that’s how I manage the team” ulasnya.

Dengan kepelbagaian budaya, agama dan bangsa di Malaysia, beliau ingin menjadi yang terbaik dan memberikan layanan ‘top notch’ untuk setiap individu.

Team TRP bersama dengan Mr. Alexander ketika sesi interview & makan tengahari.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

FUN FACT: Setiap staf di Nobu KL tidak diberikan ‘name tag’, sebab itulah jika berlakunya sebarang konflik ataupun komplikasi di restoran atau dengan pelanggan, team Nobu akan menyelesaikannya bersama dengan Mr. Alexander. Menarik, bukan?


4. Apakah Pengalaman Paling Menarik atau ‘Something To Remember’?

Setiap individu yang menguruskan sesebuah syarikat atau restoran pastinya mempunyai pengalaman menarik dan juga buruk yang pernah dialami, bukan? Sama juga seperti Mr. Alexander.

Menjawab persoalan tersebut, beliau mengatakan pernah menerima sepucuk surat daripada seorang kanak-kanak yang merupakan anak kepada pelanggannya yang ditulis, “I love your restaurant.”

Perkara itu tidak dinafikan telah melakar senyuman di wajahnya. Jelasnya lagi, jika diberi pilihan, beliau akan memilih pujian seperti itu di mana pelanggan memuji restoran daripada menu-menu yang disajikan.

Bercakap tentang ‘tip’, selama keberadaannya di negara ini, beliau turut melihat segelintir rakyat Malaysia yang bermurah hati memberikan ‘tip’ walaupun caj servis di restoran berkenaan disifatkan sebagai tinggi.

It’s not about the amount that they give, it’s the gesture that counts.

Mr. Alexander Tito, General Manager untuk Nobu KL.

Untuk pengetahuan anda, di Nobu KL jika anda menghulurkan ‘tip’ sebagai tanda anda berpuas hati dengan hidangan dan layanan yang diberikan, ‘tip’ tersebut akan diedarkan kepada setiap staf mengikut department. Sebagai contoh staf yang mengendalikan Sushi Bar, dapur panas, stewards, sekuriti dan sesiapa sahaja yang bekerja/bertugas pada hari berkenaan.

Mereka juga menggunakan ‘points system’ yang diberikan secara bulanan.


5. Apakah Pengalaman Yang Paling Tidak Boleh Dilupakan?

Jika ada pengalaman menarik, pastinya ada juga pengalaman ‘kurang baik’, bukan? Sama juga seperti Mr. Alexander yang menjelaskan beliau pernah berada dalam situasi di mana salah seorang pelanggan di Nobu Dubai telah rebah secara tiba-tiba. Panik tidak terkata, dia terus bertindak menghubungi Medical Team di bangunan berkenaan untuk meminta bantuan.

I don’t know what happened. Suddenly he collapsed from his seat. The family member started to tell me about his sickness history, it was a heart-related problem. First thing I called the nurse in the hotel. But to the most of my knowledge, I gave him a warm towel, water, and good ventilation.

Mr. Alexander Tito, General Manager untuk Nobu KL.

Berada dalam situasi yang begitu mendebarkan itu, beliau ingin memberikan bantuan yang sepatutnya namun beliau tidak bertindak secara meluru dan menunggu bantuan daripada Medical Team.

Luckily he was okay. The Medical Team came right on time. I sent an e-mail to inform everyone about the incident so they are aware of what has happened in the restaurant, that day. I also did follow-up with the in-house guest (the one who collapsed) about his current condition, and so on.

Mr. Alexander Tito, General Manager untuk Nobu KL.

6. Apakah Menu ‘Signature’ atau Personal Favorite di Nobu KL?

Jika anda belum pernah menjejakkan kaki di Nobu KL, jangan risau kerana team kami ada juga bertanyakan tentang menu signature di sana. Kalau tak tahu nak order apa, boleh cuba menu-menu di bawah ini yang disyorkan sendiri oleh Mr. Alexander.

  • Yellowtail Jalapeno.
  • Rock Shrimp Tempura with Creamy Spicy Sauce, Black Cod Miso.
  • Chilean Sea Bass with Red Jalapeno Miso.

7. Untuk Mereka Yang Tidak Menyukai/Menggemari Japanese Food, Bagaimanakah Cara Anda Meyakinkan Mereka Untuk Datang Ke Nobu KL?

Just try it, and see if for yourself. See it to believe it. Come here and experience it yourself.

Mr. Alexander Tito, General Manager untuk Nobu KL.
nobu kl
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Untuk pengetahuan anda, di Nobu KL setiap staf akan menjalani sesi ‘food tasting’ sebaik sahaja mereka bergelar pekerja di sana. Ini bagi memastikan bahawa mereka mengetahui setiap bahan-bahan yang dimasukkan ke dalam setiap menu.

Mereka juga berpeluang untuk merasai setiap menu dan memberi komen jika menu tersebut tidak sesuai dengan ‘tekak’ rakyat Malaysia. Kiranya kalau terlalu ‘raw’, bolehlah mereka ‘adjust’ sikit supaya boleh ditelan dan disukai oleh pelanggan.

nobu kl
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Sesi food tasting akan dijalankan setiap kali mereka menerima staf baharu dalam jumlah yang tertentu sahaja. Ia mungkin akan mengambil masa selama lima (5) hari bekerja.

Di Nobu KL, untuk rakyat tempatan mereka akan mengesyorkan menu yang sesuai untuk dinikmati. Dan jangan risau, jika anda mempunyai sekatan untuk pengambilan bahan-bahan tertentu, anda boleh memberitahu kepada staf di Nobu KL untuk menghidangkan makanan anda tanpa bahan-bahan berkenaan.

We can cater to guest who don’t take mirin or alcohol in their meal.

Mr. Alexander Tito, General Manager untuk Nobu KL.

8. Harga: Nobu KL Mahal atau ‘Reasonable’?

Menjawab soalan tentang harga makanan di Nobu KL, Mr. Alexander dengan jujurnya mengatakan makanan di restoran berkenaan sememangnya mahal.

Nobu is a place for special occassions. Birthdays, anniversaries, gatherings, that’s us.

Mr. Alexander Tito, General Manager untuk Nobu KL.

Mengulas lanjut, Nobu KL turut menawarkan menu khas untuk makan tengahari (lunch menu set) berharga RM80/seorang. Siap ada free-flow Green Tea!

Jika ingin dibandingkan dengan servis yang diberikan dan makanan yang dihidangkan, bersama pemandangan bangunan ikonik, KLCC – memang berbaloi. Bukannya hari-hari anda akan ke Nobu KL untuk makan tengahari, bukan? Sekali-sekala, apa salahnya terutamanya ketika ‘payday’.


9. Fakta Tentang Nobu KL & Mr Alexander Yang Tak Ramai Tahu

Untuk rekod, Nobu KL merupakan restoran Nobu pertama di Asia Tenggara. Nobu KL pada mulanya terletak di Tower 3, Petronas Twin Towers selama 6 tahun dan kini telah berpindah ke bangunan hotel Four Seasons, Kuala Lumpur pada Mac 2021.

Kini, pelanggan di hotel Four Seasons dan juga resident akan turun dan makan di Nobu KL dengan akses lebih mudah berbanding lokasi sebelum ini.

Bertanyakan tentang fakta menarik tentang Mr. Alexander sendiri, beliau mengatakan dirinya adalah peminat tegar Anime. (YES, YOU HEARD THAT RIGHT).

Beliau merupakan seorang yang amat menyukai budaya rakyat Jepun.

Sumber: Nobu KL

When I was interviewed for Nobu server in Dubai, I really.. uh not just learn Japanese foods, I watched a lot of documentaries about Japanese culture and even how to slice a sashimi and all of these stuff. And then, the manager just asked me simple questions. And I was like ‘oh that homework went to waste..’

Mr. Alexander Tito, General Manager untuk Nobu KL.

Walau bagaimanapun, ilmu yang telah dimiliki itu digunakan oleh beliau untuk diceritakan dan dikongsi bersama pelanggan dan staf di Nobu KL.


Team TRP Disajikan Dengan Menu Signature Menu di Nobu KL.

Siapa sangka, kali pertama kami menjejakkan kaki di Nobu KL telah mengubah persepsi kami terhadap restoran ini. Sajian dan servis yang dihidangkan sememangnya berbaloi dengan harga yang perlu dibayar.

Kami disajikan dengan menu-menu signature Nobu KL, seperti:

  • Salmon New Style Sashimi.
  • Rock Shrimp Tempura with Creamy Spicy Sauce.
  • Black Cod Miso.
  • Chilean Sea Bass with Red Jalapeno Miso.
Salmon New Style Sashimi.
(Sumber: Siti Murni/TRP)
Black Cod Miso.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Verdict?! UH-MA-ZA-ZINGGGGGGG!

Kalau dengan tekak kami, hidangan yang kami nikmati memang cukup rasa dan kena dengan ‘taste-bud’. Kalau nak tahu sendiri dan tak pernah berkunjung ke Nobu KL, dipersilakan.

Rock Shrimp Tempura with Creamy Spicy Sauce.
(Sumber: Siti Murni/TRP)
Dessert wajib ada!
(Sumber: Siti Murni/TRP)
(Sumber: Siti Murni/TRP)

  • Lokasi: Nobu Kuala Lumpur. L4A-05, Level 4A Shoppes at Four Seasons Place Kuala Lumpur No, 145, Jln Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi:
    • Dinner: Isnin – Ahad. 6pm – 10:30pm.
    • High Tea: Sabtu & Ahad. 1pm – 4pm.
    • Lunch: Isnin – Jumaat. 11:45am – 2pm.
  • Contact No: 03 238 00028

Anda juga boleh terus ke website Nobu KL untuk maklumat lanjut.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd