Now Reading
[Video] Ultraman ‘Montel’ Tarik Perhatian Ramai Di Persembahan Cosplay Anjuran Ipoh Parade

[Video] Ultraman ‘Montel’ Tarik Perhatian Ramai Di Persembahan Cosplay Anjuran Ipoh Parade

Asyraf mendapat pujian ramai kerana tidak takut orang akan mengecamnya yang berbadan montel apabila mengenakan pakaian daripada watak Ultraman Dyna.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Boleh dikatakan kebanyakan wira yang mempunyai kuasa ajaib adalah bersahaja dan kelihatan seperti manusia biasa.

Namun, ada juga yang menjadi tarikan ramai dengan hanya berjalan-jalan di khalayak ramai. Situasi tersebut boleh dilihat ketika acara Pesta Cosplay di Ipoh Parade baru-baru ini.

Dihadiri oleh pelbagai jenis watak, Ultraman Dyna yang berbadan besar juga menyertai acara berkenaan dan menjadi viral di Malaysia kerana bentuk badannya agak gempal.

Ultraman Dyna berbadan ‘montel’ itu dilihat menggayakan beberapa pose ikonik semasa di atas pentas.

Ultraman berbadan ‘comel’ tarik perhatian ramai

Cosplayer bernama Asyraf Akashi ini membuat orang ramai kagum dengan keberaniannya.

Bagi sesetengah orang, cosplay adalah hobi yang sukar dan salah satu sebabnya adalah kerana isu “body-shaming” yang sering dilontarkan daripada netizen di media sosial.

Mereka yang mempunyai berat berlebihan sering dipandang remeh dan menyebabkan timbul rasa kurang senang untuk mengenakan pakaian kostum sebagai cosplay.

Meskipun pernah menerima beberapa kritikan, tetapi itu tidak menjadi penghalang kepada Asyraf untuk meneruskan hobinya dalam cosplay.

Sebagai wira bersaiz besar, Asyraf mencuri perhatian orang ramai apabila dia berjalan di sekitar kawasan tersebut. (Sumber: Facebook)

Walaupun beberapa komen negatif di Facebook adalah ‘pedas’, tetapi boleh dikatakan rata-rata memberi komen positif yang menyokongnya.

Asyraf juga dilihat tidak mengambil endah komen negatif berkenaan dan membalasnya dengan penuh positif menerusi laman Facebook miliknya.

Dengan mengambil mudah semua komen buruk itu, berikut adalah maklum balas Ashraf melalui media sosial:

Fuh, memang penat dan masih boleh tahan rasa sakit kaki hari ini. Tapi saya sangat gembira dengan kawan-kawan dan tahniah kepada idola saya iaitu Adry Exrayde. Ini adalah sut Ultraman ketiga saya. Walaupun saya tahu badan saya tidaklah berapa cantik tetapi itu tidak bermakna saya tidak boleh menjadi apa yang saya nak kan? Akhir kata, terima kasih Cosplay Party Ipoh Parade. Anda memang terbaik!

Asyraf Akashi berterima kasih kepada mereka yang menyokongnya.

Siap ada yang melukis karya seni sebagai tanda penghormatan kepada Asyraf. Wah!

Sumber: Facebook Keith Chong Kah Hwee

BACA JUGA: PJ Police Probing One Of Their Officers For Victim Blaming A Cosplayer, Says District Chief

Cosplay bukannya tentang saiz badan tetapi bagaimana kita menunjukkan minat terhadap watak kegemaran.

Semoga keberanian Asyraf akan memberi inspirasi kepada lebih ramai orang di sana yang agak malu atau kurang berkeyakinan untuk memulakan hobi cosplay mereka. Cosplay adalah untuk semua orang tanpa mengira jantina, warna kulit, bangsa atau saiz badan.

BACA JUGA: [Watch] Man Waves ‘Gun’ In PJ Shopping Mall, Police On The Hunt


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd