Now Reading
Industri Perhotelan Di Melaka Sedang ‘Terkapai’ Akibat Tak Cukup Staf

Industri Perhotelan Di Melaka Sedang ‘Terkapai’ Akibat Tak Cukup Staf

Kekurangan kakitangan dalam sektor berkenaan merupakan isu yang kritikal pada saat ini.

hotel di melaka

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Berikut kelonggaran yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada rakyat Malaysia ketika ini dilihat memberikan kesan yang begitu positif buat mereka semua. Rata-rata mengambil peluang ini untuk keluar bercuti bersama keluarga tercinta, bukan sahaja di dalam negeri, malah di luar negara juga.

Malah, hampir setiap minggu trafik sesak untuk ke mana-mana.

BACA JUGA: [Watch] Kuala Lumpur-Karak Highway Congested For 30KM, It Takes Almost 8 Hours From KL To Kuantan


Industri Perhotelan Melaka Tak Cukup Staf

Berikutan keadaan ini, industri perhotelan di Melaka dilaporkan berada dalam keadaan ‘terkapai’ berikutan masalah kekurangan tenaga kerja dalam sektor itu masih belum menemui jalan penyelesaian.

Lebih membimbangkan apabila kebanyakan hotel di Melaka tidak dapat memberikan khidmat terbaik kepada pelanggan serta pelancong lebih-lebih lagi sepanjang cuti persekolahan ini.

BACA JUGA: Expect Heavy Traffic On Roads As School Term Holidays Start

hotel di melaka
Sumber: Ana Suhana

Exco Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBHA) Sektor Melaka Sazali Sabri berkata, sejak minggu lalu kebanyakan tempat penginapan penuh, namun mereka berdepan kekangan pekerja hotel dan bahagian makanan dan minuman (F&B).

Kekurangan kakitangan dalam sektor berkenaan merupakan isu yang kritikal dan majoriti ahli persatuan itu mengalami nasib sama.

Mengulas lanjut, beliau mengatakan ada di antara tempat penginapan yang mempunyai 500 hingga 600 bilik namun hanya menggunakan separuh daripada jumlah keseluruhan bilik kerana kekurangan kakitangan melakukan kerja-kerja pembersihan.

Ini adalah isu kritikal yang sedang menghantui kami dan apa yang membimbangkan telah menggugat kualiti perkhidmatan kami. Kebanyakan hotel bajet di Melaka juga tidak ketinggalan menerima pelancong ramai termasuk pelancong Singapura dan jika keadaan ini berterusan sukar untuk sektor ini pulih selepas pandemik Covid-19.

Exco Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBHA) Sektor Melaka Sazali Sabri kepada Sinar Harian.

Gaji Minimum Melepasi RM1,500 Juga Tak Mampu ‘Tarik’ Pekerja

Sazali turut memberitahu bahawa walaupun menawarkan gaji melebihi gaji minimum iaitu melepasi RM1,500 namun masih tidak dapat menarik orang tempatan untuk menyertai sektor tersebut.

BACA JUGA: Gaji Minimum RM1,500 Bakal Dipercepatkan

Sehinggakan kita juga terpaksa mengambil pekerja sambilan dan menawarkan RM100 sehari bukannya mengikut jam seperti RM5 atau RM6 sejam. Selalunya bila kita nak pakai 10 pekerja sambilan tapi yang datang pun hanya dua, tiga orang dan tidak mencukupi.

Exco Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBHA) Sektor Melaka Sazali Sabri kepada Sinar Harian.

Kebanyakan ahli persatuan mengharapkan tempoh enam bulan kedua tahun ini mereka dapat bernafas dan mendapat sedikit keuntungan selepas tidak beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun, jika isu itu masih gagal diselesaikan bimbang ramai yang terpaksa menanggung kerugian.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd