Now Reading
Peguam Johnny Depp Dibanjiri Tawaran Dari Hollywood

Peguam Johnny Depp Dibanjiri Tawaran Dari Hollywood

Sehingga kini, peguam Johnny Depp iaitu Camille Vasquez enggan memberi sebarang komen berkenaan beberapa tawaran Hollywood yang diterimanya.

peguam johnny depp

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kes saman fitnah melibatkan Johnny Depp dan Amber Heard merupakan satu fenomena yang mendapat perhatian seluruh masyarakat dari serata dunia.

Perbicaraan yang mengambil masa dalam tempoh enam minggu bermula 11 April sehingga 2 Jun itu telah dimenangi oleh pihak Johnny Depp dan menyebabkan bekas isterinya, Amber Heard terpaksa membayar sejumlah AS$15 juta (RM66 juta).

Sepanjang tempoh perbicaraan, sebenarnya ada banyak perkara yang kita semua boleh ambil iktibar daripada isu rumah tangga melibatkan dua orang pelakon ini.

BACA JUGA: Ini 7 Pengajaran Yang Anda Boleh Belajar Daripada Kes Saman Fitnah Johnny Depp & Amber Heard

Sumber: news wwc

Peguam Johnny Depp terima banyak tawaran selepas menang kes

Ketika perbicaraan, Depp telah diwakili oleh seorang peguam wanita iaitu Camille Vasquez. Kemenangan yang berpihak kepada pelakon filem ‘Pirates of the Caribbean’ itu menyebabkan nama peguamnya juga menjadi perhatian.

Menurut laporan, Vasquez telah menerima banyak tawaran dari Hollywood selepas berjaya mencuri perhatian ketika memenangi kes saman fitnah melibatkan Johnny Depp dan Amber Heard.

Sumber: codelist.biz

Beberapa agensi pencari bakat juga menawarkan Vasquez peluang untuk muncul di kaca televisyen kerana mempunyai aura seorang wanita yang bijak dan prestasinya memberi impak semasa perbicaraan.

Namun sehingga kini, Vaszquez masih bekerja untuk Depp dan enggan memberi sebarang komen berkenaan beberapa tawaran Hollywood yang diterimanya.

Vasquez juga dilaporkan telah ditawakan kenaikan pangkat sebagai rakan kongsi dalam firma Brown Rudnick.

BACA JUGA: Amber Heard Tak Mampu Bayar Johny Depp & Akan Buat Rayuan, Kata Peguam


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd