Now Reading
Majikan Tidak Perlu Belanja Staf Makan

Majikan Tidak Perlu Belanja Staf Makan

Puan Ainon berpendapat majikan sepatutnya menggunakan duit tersebut sebagai modal perniagaan berbanding membelanja pekerja makan.

majikan enggan belanja pekerja makan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila seseorang ingin mencari pekerjaan, salah satu perkara yang akan diambil berat adalah tentang majikan serta persekitaran pejabat.

Dapat majikan dan kawan-kawan yang baik di pejabat itu pun satu rezeki juga kerana ada juga sesetengah individu yang stres bukan sebab bebanan kerja, tetapi persekitaran toksik.

BACA JUGA: Peguam Kongsi Langkah Untuk Pertahankan Hak Pekerja Dari Dipecat Majikan

Sumber: Malaysia Gazette

Majikan anggap tak perlu belanja staf makan

Baru baru ini, Puan Ainon Mohd yang juga penasihat dalam bidang perniagaan telah memuat naik satu hantaran di Facebook (Puan Ainon Mohd) tentang isu yang agak kontroversi.

Menerusi hantarannya itu, Puan Ainon memberi pendapat bahawa majikan dari syarikat kecil tidak perlu membelanja kesemua pekerja mereka makan kerana gaji serta bayaran kebajikan telah diberikan pada setiap bulan.

Tambahnya lagi, tindakan membelanja pekerja-pekerja makan dilihat boleh menjejaskan duit perniagaan dan seharusnya wang keuntungan syarikat tersebut digunakan sebagai modal.

Isu ini terima pelbagai reaksi netizen

Di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen tidak menyokong pendapat yang diberikan oleh Puan Ainon kerana menganggap dengan membelanja pekerja-pekerja makan boleh menambah rezeki dalam perniagaan.

Menurut agama Islam, amalan bersedekah juga digalakkan dalam kalangan umatnya.

Malah ada yang berfikiran bahawa tidak kesemua pekerja berpeluang untuk menikmati hidangan di tempat mewah jika bukan dari pelawaan majikan.

Netizen turut menyuarakan pandangan bahawa majikan sepatutnya menggunakan wang peribadi dan bukannya keuntungan syarikat jika ingin membelanja pekerja-pekerjanya.

Tidak terkecuali, ada juga individu yang menyokong pendapat Puan Ainon kerana pernah mengalami masalah kewangan sehingga terpaksa memberhentikan beberapa orang pekerjanya.


Nak belanja makan atau tidak, terpulanglah kepada majikan itu sendiri. Kalau tak dapat dilakukan secara bulanan, buat secara tahunan pun boleh juga. Sekali-sekala hargai pekerja yang telah berusaha keras untuk memajukan perniagaan kita, apa salahnya kan?

Yang penting majikan ikut bajet masing-masing.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd