Now Reading
“Anak Kau Raja Ke?” – Isu Parents Minta Guru Bawa Tukang Gunting Rambut Ke Sekolah Dikecam Netizen

“Anak Kau Raja Ke?” – Isu Parents Minta Guru Bawa Tukang Gunting Rambut Ke Sekolah Dikecam Netizen

“Kalau nak potong cantik, pergi saloon,” tulis netizen.

tukang gunting rambut

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Ibu bapa merupakan individu yang bertanggungjawab untuk membentuk dan mendidik anak-anak sejak kecil lagi. Tak kisahlah sama ada anak-anak itu keras kepala, degil tak dengar kata atau sebagainya, sebagai ibu bapa itu adalah tanggungjawab yang perlu digalas. Jangan putus asa.

Cuba untuk didik mereka. Lama kelamaan, mereka akan dengar jua.

BACA JUGA: “Orang Puji, Kita Buka Aib Pula” – Ibu Ayah Perlu Henti Sikap Malukan Anak Di Hadapan Orang

Jadi ibu bapa ini bukanlah satu tugas yang mudah, begitu juga dengan tenaga pengajar. Kedua-dua golongan ini memiliki tanggungjawab yang begitu besar.

Oleh itu, kedua-duanya haruslah saling bertimbang rasa.


Dikecam Gara-gara Minta Guru Bawa Tukang Gunting Rambut Ke Sekolah

Sejak kebelakangan ini, satu isu telah hangat diperkatakan di media sosial apabila satu hantaran pengguna Facebook (Wan Mohd Wazir) telah disalah anggap dan menerima kecaman yang teruk oleh netizen.

Hantaran tersebut ditulis olehnya tentang apa yang perlu dilakukan oleh guru-guru jikalau anak murid didapati memiliki rambut panjang dan hadir ke sekolah tanpa memotong rambut terlebih dahulu.

Antara tindakan yang disarankan adalah:

  • Panggil tukang gunting.
  • Gunting rambut on the spot pendek.
  • Suruh murid bayar upah gunting.
  • Bayar denda.
  • Selesai.

Walau bagaimanapun, saranannya itu tidak disambut baik oleh netizen yang menyifatkan perkara tersebut sebagai ‘terlalu manjakan ibu bapa/murid’.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menyokong tindakan guru berkenaan yang dilihat memotong terus rambut anak murid yang melanggar peraturan.

“Kalau nak potong cantik, pergi saloon,” tulis netizen.

tukang gunting rambut
Sumber: Facebook
tukang gunting rambut
Sumber: Facebook

Perkongsian tersebut setakat ini meraih lebih 7,700 shares dan 26,000 komen setakat artikel ini ditulis. Memang betul-betul hangat diperdebatkan di antara ibu bapa di luar sana.

Malah, ia turut meraih perhatian Cikgu Mohd Fadli Salleh yang juga tidak melepaskan peluang untuk mengulas isu ini menerusi Facebook miliknya.

“Kau ingat anak kau siapa? Anak Raja?” tulis Mohd Fadli Salleh.

Dia turut menyamakan situasi murid berambut panjang dengan situasi di mana seseorang itu melanggar undang-undang jalan raya apabila memiliki kenderaan yang tinted gelap, sportrim, ubah suai yang melampau, roadtax mati dan sebagainya.

Dan akhirnya, pemilik kenderaan meminta pihak JPJ untuk panggil segala jenis tukang aksesori untuk buang tinted, sportrim, dan menukar kenderaan tersebut kepada ‘standard’ semula.

Logik atau tidak? Tidak sama sekali.

Oleh itu, ibu bapa dan murid-murid seharusnya mengetahui untuk tidak melanggar mana-mana peraturan yang telah termaktub di dalam buku undang-undang. Mahupun di sekolah, atau di negara.

Ikut je lah peraturan tu. Dah susah sangat ikut peraturan, kumpul duit banyak-banyak hantar anak sekolah swasta yang bayaran RM60k setahun tu. Sekolah swasta pun masih ada undang-undang okeh.

Mohd Fadli Salleh menerusi perkongsian Facebook.

Mengakhiri hantaran tersebut, Mohd Fadhli turut menegaskan untuk bersedia dihukum jikalau melanggar peraturan, bukannya diminta layanan seperti Raja.

BACA JUGA: Ibu Bapa Serah Diri Ke Balai Polis Lepas Biarkan Anak 10 Tahun Pandu Kereta Ke Sekolah


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd