Ini Contoh Binaan Tambahan Di Flat Membahayakan. #6 Paling Rare!
Antara binaan yang sering dilakukan adalah seperti tambahan di belakang rumah untuk meluaskan kawasan dapur.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Sebelum ini, tular satu isu di mana penduduk di sebuah rumah flat dikatakan membuat tambahan di kediamannya. Berikutan itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah mengambil keputusan untuk merobohkan binaan tersebut kerana dilakukan tanpa sebarang kelulusan.
BACA JUGA: Uncle Kentang Defends Illegal Extensions, Says Flats Are Crowded And Cramped
Untuk pengetahuan anda, sebarang pembinaan tambahan di rumah strata tanpa kebenaran PBT tidak boleh dilakukan kerana berisiko membahayakan keselamatan penduduk lain jika ianya tidak mengikut undang-undang.
Menurut Pensyarah Fakulti Alam Bina Universiti Malaya (UM) Profesor Madya Sarly Adre Sarkum, permohonan kepada PBT itu penting bagi membolehkan penilaian dilakukan terlebih dahulu sebelum sebarang kelulusan diberikan.
Contoh-contoh binaan tambahan yang membahayakan
Menerusi perkongsian dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook (Ahmadkahirul Sabirin Ahmad Rosli) yang juga merupakan seorang arkitek, dia menjelaskan tentang beberapa jenis binaan tambahan di rumah flat yang boleh mengancam keselamatan penduduk lain.
Contoh-contoh binaan tersebut adalah seperti berikut:
1. Tambahan flat corner lot
Walaupun rumah anda berada paling hujung sekali, tetapi itu tidak menjadi ‘tiket’ untuk mengubah suai kediaman dengan menambah ‘corne lot’ seakan-akan berada di rumah teres.
2. Tambahan belakang
Kebiasaannya mereka yang membuat penambahan di belakang rumah bertujuan untuk membesarkan ruangan dapur atau memudahkan urusan bagi menyidai baju.
3. Luaskan rumah siap ada tiang di bawah
Selalunya mereka yang duduk di tingkat atas akan berbuat seperti ini untuk memastikan tambahan itu lebih kukuh dengan adanya tiang di bawah. Tetapi jangan terkejut kalau jiran bawah ‘menumpang’ tiang berkenaan dengan membina dinding pula.
4. Tambahan di depan
Kalau tambahan jenis ini pula kebiasaannya tuan rumah ingin mudahkan urusan memarkir motosikal mereka. Tidak pun nak besarkan ruang tamu.
5. Tambahan di belakang tanpa tiang
Mereka yang buat tambahan seperti ini pula kebiasaannya tinggal di tingkat atas dan hanya mengubah suai dalam keluasan yang tidak terlalu jelas tetapi masih ada.
6. Buat kolam renang
Walaupun masih belum ada yang bina kolam renang depan rumah flat di Malaysia, tetapi tak mustahil ya! Rare betul ni.
7. Cop parking
Walaupun ini bukan salah satu binaan tambahan, tetapi sikap ini biasa dilihat di kawasan perumahan flat. Kalau dalam perjanjian rumah ada menyatakan tentang parkir kereta persendirian, itu tidak mengapa.
8. Buat pagar rumah di kiri dan kanan
Kaki lima rumah kita bukan hak milik kita seorang kerana ianya hak bersama dengan penduduk yang lain.
Bayangkan kalau ada kebakaran di tangga sebelah kiri, macam mana orang lain nak ke tangga sebelah kanan dengan adanya pagar rumah itu? Buatnya pula anda tiada di rumah dan pagar tersebut dikunci?
Bukan setakat membahayakan penduduk yang lain, tetapi kita sendiri pun kena ada ‘common sense’ sebelum nak buat sebarang pengubahsuaian rumah dengan membinaan ruang tambahan.
Bayangkan kalau jiran sekeliling semua ada anak kecil dan rumah kita bising dengan bunyi orang bertukang, tidak ke mengganggu jiran yang lain?
Nasihat kami, sebelum anda melakukan sebarang binaan tambahan di rumah, fikir terlebih dahulu dan rujuk kepada PBT atau sekurang-kurangnya ke pihak pengurusan perumahan.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.