Now Reading
[Video] Pelanggan Amuk, Acu Pisau Gara-gara Pekerja Lambat Ambil Pesanan

[Video] Pelanggan Amuk, Acu Pisau Gara-gara Pekerja Lambat Ambil Pesanan

Pelanggan tersebut mengamuk selepas dikatakan terpaksa menunggu lama untuk pesanannya diambil oleh pekerja kedai makan.

pelanggan mengamuk dalam kedai

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Biasalah kalau kita ke mana-mana restoran yang sibuk, pekerja mereka terpaksa membuat pelbagai kerja dalam satu masa sehingga tidak sempat melayan pelanggan dan mengambil pesanan.

Lebih-lebih lagi kalau restoran itu merupakan lokasi popular dan menjadi tumpuan orang ramai. Memang sesak dan sibuk.

BACA JUGA: Mengidam Nasi Kandar? Ini 5 Kedai Di Pulau Pinang Yang Anda Patut Cuba

Pelanggan mengamuk pekerja tak ambil pesanan

Baru-baru ini, situasi hampir sama tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki mengamuk di sebuah kedai kopi di Kedah sehingga mengganggu ketenteraman pelanggan lain.

Kejadian itu dipercayai berpunca selepas pelanggan berkenaan terpaksa menunggu lama dan panggilannya untuk membuat pesanan tidak dilayan oleh pekerja.

Video berdurasi 45 saat itu menunjukkan pertelingkahan yang berlaku di antara pelanggan serta pekerja restoran dan keadaan bertukar menjadi lebih tegang apabila pelanggan tersebut dengan beraninya mengacukan pisau kepada pekerja berkenaan.

Walau bagaimanapun, situasi tegang itu berjaya ditenangkan oleh seorang lelaki dipercayai pelanggan di kedai yang sama.

Pelbagai reaksi dari netizen

Di ruangan komen video berkenaan, kebanyakan netizen memuji tindakan lelaki berbangsa India itu kerana berjaya mengambil pisau tersebut dengan tenang dan meleraikan pergaduhan yang berlaku.


Sebagai pelanggan, kita kena faham akan ada masa pekerja pun tak cukup tangan nak uruskan kesemua pengunjung dalam satu masa yang sama. Apa salahnya kalau kita tunggu sekejap kan?

Setiap pekerja pun pasti nak memberi layanan yang terbaik kepada pelanggan mereka, betul tak?

BACA JUGA: [Video] Selepas Amuk Anak Dituduh Mencuri, Si Ibu Tampil Minta Maaf & Menangis


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd