Now Reading
Elon Musk Minta Staf Tesla Kembali Ke Pejabat Atau ‘Resign’

Elon Musk Minta Staf Tesla Kembali Ke Pejabat Atau ‘Resign’

Elon Musk turut meminta pekerja untuk bekerja di pejabat selama sekurang-kurangnya 40 jam seminggu atau “meninggalkan Tesla.”

elon musk

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Ketua Eksekutif Tesla, Elon Musk telah meminta kesemua pekerjanya untuk kembali ke pejabat atau meninggalkan syarikat itu, menurut e-mel yang dihantar kepada pekerja pada malam Selasa (31 Mei) dah dilihat sendiri oleh Reuters.

“Semua orang di Tesla dikehendaki menghabiskan sekurang-kurangnya 40 jam di pejabat setiap minggu,” tulis Musk dalam e-mel tersebut.

“Jika anda tidak hadir, kami akan menganggap anda telah meletak jawatan.”

Musk juga menjelaskan bahawa semakin ‘senior’ seseorang pekerja itu, adalah penting untuk mereka menghadirkan diri di pejabat.

“Itulah sebabnya saya berada di kilang begitu lama – supaya mereka yang bertugas di sana dapat melihat saya bekerja bersama mereka. Jika saya tidak berbuat demikian, Tesla sudah lama menjadi muflis.”

elon musk
Sumber: Protocol

Menerusi laporan The Straits Times, dua sumber mengesahkan ketulenan e-mel yang disemak oleh Reuters. Walau bagaimanapun, pihak Tesla masih tidak menjawab permintaan untuk mengeluarkan sebarang komen.


WFO Selama 40 Jam/Minggu Atau ‘Resign’

Salah seorang pengikut Twitter Musk menyiarkan satu lagi e-mel yang dihantar oleh Musk kepada eksekutif meminta mereka bekerja di pejabat selama sekurang-kurangnya 40 jam seminggu atau “meninggalkan Tesla.”

Membalas tweet berkenaan, jutawan yang telah bersetuju untuk mengambil Twitter secara peribadi dalam perjanjian AS$44 bilion (S$60 bilion), berkata, “Mereka harus berpura-pura bekerja di tempat lain.”

Beberapa pekerja Tesla menyatakan rasa tidak senang terhadap komen terbaru Musk itu.

“Jika terdapat penghijrahan besar-besaran, bagaimana Tesla akan menyelesaikan projek? Saya tidak rasa pelabur akan gembira tentang itu,” tulis seorang pekerja Tesla.

Kumpulan advokasi pekerja yang berpangkalan di California turut menentang rancangan Musk untuk kembali bekerja di pejabat.

Menerusi memo tersebut, Musk akan “review and approve” mana-mana kes jikalau mereka tidak dapat memenuhi minimum.

Tesla menyertai gelombang syarikat yang mewajibkan pekerja untuk kembali bekerja dari pejabat (WFO).

Walaupun sesetengah syarikat besar telah menerima dasar kerja dari rumah sukarela secara kekal, namun masih ada syarikat lain termasuklah Google Alphabet Inc mengatakan adalah yang terbaik untuk mendorong interaksi secara peribadi dalam kalangan rakan sekerja.

Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Parag Agrawal menulis tweet pada bulan Mac bahawa pejabat Twitter akan dibuka semula tetapi pekerja masih boleh bekerja dari rumah jika mereka mahu.

“Di mana sahaja anda rasa paling produktif dan kreatif ialah tempat anda akan bekerja dan itu termasuk bekerja dari rumah sepenuh masa selama-lamanya,” kata Agrawal dalam satu tweet bertarikh 3 Mac 2022.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd