Now Reading
“Jangan Tahan Lapar..” – Peniaga Nasi Lemak ‘Offer’ Makanan Percuma Untuk Pelajar Yang Tak Cukup Duit Belanja

“Jangan Tahan Lapar..” – Peniaga Nasi Lemak ‘Offer’ Makanan Percuma Untuk Pelajar Yang Tak Cukup Duit Belanja

Peniaga menyedekahkan makanan di gerainya kerana pernah melalui pengalaman sebagai seorang pelajar juga.

peniaga offer makanan percuma untuk pelajar tak cukup duit belanja

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Zaman belajar adalah waktu yang paling banyak mengajar erti kehidupan kepada seseorang. Waktu inilah dapat belajar untuk menghargai keluarga yang sudah jauh dan perlu hidup berdikari.

Ketika ini juga kita dapat belajar untuk menguruskan perbelanjaan dan saling membantu antara rakan sekiranya masing-masing mempunyai masalah dari segi kewangan.

Tiba-tiba teringat pula kongsi Maggi dalam satu mangkuk. Wah, throwback pula!

Tidak dinafikan ada sesetengah pelajar yang sanggup menahan lapar dan tidak makan kerana ingin berjimat bagi memastikan duit perbelanjaan cukup sehingga hujung semester.

BACA JUGA: Pensyarah UKM Sumbang Dana Buat Pelajar Untuk Beli Laptop Demi Siapkan Tesis. Salute!

Peniaga sedekah makanan kepada pelajar

Menerusi sebuah perkongsian yang tular dimuat naik oleh pengguna Twitter (Hfnz9), seorang wanita dipercayai berniaga nasi lemak mempunyai niat yang baik untuk membantu para pelajar dalam kesusahan.

Peniaga di sebuah gerai bernama Kafe N24 Streetcafe Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor ini dilihat menampal nota dan ditujukan kepada para pelajar di kawasan sekitar.

Nota tersebut tertulis bahawa mana-mana pelajar yang tidak mempunyai wang belanja mencukupi untuk makan supaya tidak menahan lapar dan boleh sahaja menjamah hidangan di gerainya secara percuma.

Menurut peniaga itu, dia juga pernah menjadi pelajar suatu ketika dahulu dan memahami sekiranya duit perbelanjaan tidak mencukupi untuk membeli makanan.

Adik-adik pelajar, kalau tak ada langsung duit jangan tahan lapar. Datang sini bagitahu, saya belanja. Saya pun pernah jadi pelajar. Jangan malu.

Peniaga Kafe N24 Streetcafe.

Terharunya bila ada orang yang baik macam ni!

Netizen doa rezeki peniaga semakin bertambah

Di ruangan komen perkongsian itu, rata-rata netizen mendoakan semoga peniaga itu dimurahkan rezeki kerana berniat baik untuk menyedekahkan makanan bagi membantu pelajar dalam kesempitan wang.

Tindakan peniaga itu sudah pastinya mendapatkan banyak sokongan daripada orang ramai. Siapa je tak suka bila tengok ada yang saling bantu-membantu dalam membuat kebaikan, betul tak?


Semoga peniaga ini sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan serta perniagaannya juga bertambah maju.

Kepada para pelajar, jangan pula ambil kesempatan dengan sengaja tidak mahu menggunakan wang belanja untuk membeli makanan meskipun masih mencukupi. Biarlah mereka yang betul-betul memerlukan sahaja menggunakan bantuan ini.

BACA JUGA: Anjing Terbiar Setiap Hari Diberi Nasi Lemak. Sampai Berisi Badan!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd