Now Reading
[Video] Orang Ramai Rebut KFC Di Rumah Terbuka Dataran Merdeka Buat Netizen Kesal

[Video] Orang Ramai Rebut KFC Di Rumah Terbuka Dataran Merdeka Buat Netizen Kesal

Netizen merasakan bahawa masyarakat akan sentiasa berebut barangan percuma walaupun mereka mampu untuk membelinya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pada Hari Raya Aidilfitri, ramai umat Islam yang akan membuat rumah terbuka untuk menyambut kehadiran para tetamu.

Tradisi yang menghimpunkan orang ramai tanpa mengira fahaman, budaya dan pangkat ini turut diamalkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sektor korporat.

Ramai yang mengambil peluang ini untuk bertemu semula dengan ahli keluarga dan rakan-rakan ketika menyambut perayaan Aidilfitri.

BACA JUGA: [Video] Tuan Rumah Kecewa Makanan Terbazir Lepas Tetamu Tak Datang ‘Open House’

Tetapi rumah terbuka di Dataran Merdeka pada Sabtu (28 Mei) lalu bertukar menjadi kucar-kacir apabila para pengunjung tanpa mengira usia dan jantina saling berebut untuk mendapatkan KFC percuma yang disediakan.

Tingkah laku tidak terkawal

Dalam video berdurasi hampir tiga minit dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (hizamsanordin), beberapa individu terpaksa menahan keperitan akibat bersesak dengan ramai orang.

Mereka yang tidak sempat mendapatkan hidangan KFC percuma itu juga meluahkan rasa kecewa apabila makanan itu sudah habis.

https://www.tiktok.com/@hizamsanordin/video/7102637245588458779?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telah berjaya meraih lebih daripada 330,000 tontonan dan tidak kurang dari 1,000 komen.

Netizen juga geram melihat keadaan yang berlaku di Malaysia dan menyamakannya dengan pelarian di luar negara. Mereka turut meluahkan rasa kesal kerana adab dan tatasusila masyarakat semakin berkurangan.

Ada juga yang menyalahkan pihak penganjur kerana tidak memastikan tetamu beratur dengan betul ketika ingin mengedarkan juadah.

Ada yang meluahkan kebimbangan kerana masih ada yang tidak mampu untuk makan KFC pada zaman ini.

BACA JUGA: Pelanggan KFC Kecewa, Pesan Potato Wedges Tapi Dapat Bebola Bijan

Walau bagaimanapun, netizen merasakan bahawa masyarakat akan sentiasa berebut barangan percuma walaupun mereka mampu untuk membelinya.

Maklumlah, harga barangan sekarang pun sudah makin menaik.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd