Now Reading
Pesara Ini Jual Syiling & Wang Lama Untuk Tambah Pendapatan Bulanan

Pesara Ini Jual Syiling & Wang Lama Untuk Tambah Pendapatan Bulanan

Sehingga kini, dia memiliki lebih kurang 50 keping syiling lama, termasuklah wang syiling sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dan juga wang kertas lama yang masih disimpan rapi.

kumpul wang lama

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Lain orang, lain hobinya.

Meskipun sudah tidak lagi berkhidmat sebagai seorang pekerja di sesebuah syarikat, terutamanya golongan yang sudah ‘pencen’ – pasti mereka ingin melakukan sesuatu untuk mengisi masa lapang dan juga menambah pendapatan, bukan?

Sama juga seperti kisah seorang lelaki ini iaitu Awaluddin Ariffin, 68, yang memiliki hobi mengumpul syiling atau wang lama yang mungkin dianggap tidak bernilai lagi buat sesetengah orang.

Pesara yang tinggal di Taman Seri Medan, Teluk Panglima Garang, Klang ini menjelaskan bahawa hobinya itu mampu menjana wang pendapatan sampingan apabila dia mula menjual koleksi wang lama dalam simpanan kepada para penggemar wang lama di luar sana.

Jana Pendapatan Sampingan

Menurut laporan Sinar Harian, Awaluddin mengatakan ada juga segelintir orang yang sanggup menawarkan harga yang tinggi bagi mendapatkan wang lama sebagai koleksi mereka atau untuk dijual semula.

Mengulas lanjut, Awaluddin menjelaskan bahawa dia tidak menafikan ada juga golongan yang sanggup membelanjakan wang poket sebanyak ribuan ringgit bagi menambah koleksi wang lama yang dimiliki oleh mereka.

Mereka juga tidak peduli dengan anggapan bahawa hobi ini sebagai pembaziran sebaliknya menganggap hobi ini sebenarnya dapat membawa kita mengenali lebih dekat sejarah negara.

Awaluddin Ariffin kepada Sinar Harian.

Awaluddin sehingga kini telah memiliki lebih kurang 50 keping syiling lama, termasuklah wang syiling sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dan juga wang kertas lama yang masih disimpan rapi.

syiling & wang lama
Awaluddin turut menyimpan syiling lama termasuk wang syiling sambutan ulang tahun kemerdekaan negara.
(Sumber: Sinar Harian)

Antara yang menjadi koleksinya adalah mata wang British dan Belanda serta Tanah Melayu sekitar tahun 1600-an hingga 1900-an serta syiling keluaran Malaysia bermula pada 60-an sehingga terkini.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd