Now Reading
Pemilik Bengkel Di Melaka Jual Kereta Kancil Dengan Harga RM1 Kepada Warga Emas

Pemilik Bengkel Di Melaka Jual Kereta Kancil Dengan Harga RM1 Kepada Warga Emas

Wanita berusia 70 tahun itu ingin memiliki kereta bagi memudahkan pergerakan tetapi tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayarnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Seorang pemilik bengkel di Durian Tunggal, Melaka menjual sebuah Perodua Kancil dengan harga RM1 kepada seorang wanita warga emas berusia 70 tahun.

Berita Harian melaporkan Shikh Muhammad Makhdad Haron berumur 49 tahun telah didatangi oleh wanita bernama Jamilah Mazaki yang ingin membeli kereta terpakai.

Walau bagaimanapun, dia tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayarnya tetapi sanggup membayar secara ansuran. Sebelum ini, Jamilah kerap menggunakan perkhidmatan e-hailing atau ‘carpool’ dengan orang lain untuk ke tempat kerja dan membeli barangan runcit.

Mendengar kisah wanita itu, Shikh berasa kasihan kepada Jamilah dan mengambil keputusan untuk mencari kenderaan terpakai yang mampu milik untuknya. Pencarian Shikh telah membawanya kepada seorang pemilik Perodua Kancil yang sanggup menyerahkan kereta lama tersebut.

Shikh membawa pulang kenderaan berkenaan ke bengkelnya untuk dibaiki dan memastikan kereta itu selamat untuk dipandu sebelum menjualnya kepada Jamilah. Pemilik bengkel ini menghargai bantuan rakan sekerja, masyarakat dan Puspakom yang telah membantu merealisasikan hasrat Jamilah untuk memiliki kenderaan.

Walaupun beberapa halangan yang dilalui, akhirnya kereta itu diberikan kepada Jamilah dan hanya meminta RM1 untuk bayaran sebagai tanda prihatin dan usaha membantu mereka yang memerlukan.

Selepas mendapat kereta itu, Jamilah meluahkan rasa terharu dengan usaha Shikh dan agak terkejut kerana hanya dikenakan bayaran sebanyak RM1 sahaja.

Hanya Allah sahaja yang boleh membalas jasa semua orang yang membantu saya untuk merealisasikan impian saya untuk memiliki kenderaan sendiri.

Jamilah Mazaki.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd