Now Reading
[Video] “Bye Ayah!” – Anak Kecil Lambai Bapa Pergi Kerja Di Jejantas Plaza Tol. Ala, Comelnya!

[Video] “Bye Ayah!” – Anak Kecil Lambai Bapa Pergi Kerja Di Jejantas Plaza Tol. Ala, Comelnya!

Ayah dia siap buka hon Baby Shark bila nampak anaknya melambai di atas jejantas Plaza Tol berkenaan.

lambai ayah kerja

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pernah tak masa kecil-kecil dahulu, bila ayah nak pergi ke kerja je, mesti akan timbul perasaan sedih. Mana tidaknya, segelintir daripada kita memang manja betul dengan ayah berbanding dengan ibu. Kalau boleh tak nak berenggang langsung.

Tak kisahlah anak lelaki atau anak perempuan, mesti ayah akan menjadi seseorang yang mereka akan lebih rapat.

Ayah kan ‘lenient’ sikit.

Sumber: Wealthy Gorilla.

Anak Lambai Ayah Di Plaza Tol.

Baru-baru ini, satu video yang dimuat naik oleh @kylieyaa menerusi TikTok telah meraih perhatian ramai apabila video tersebut menunjukkan sesuatu yang pada kami, menyentuh hati.

Anaknya, Adam, dilihat berada di jejantas sebuah Plaza Tol untuk menunggu kemunculan ayahnya dengan sebuah treler askar yang akan melalui Plaza Tol berkenaan.

Adam menerusi video tersebut kelihatan begitu teruja sehingga melompat-lompat dan terjatuh setelah treler yang dipandu oleh ayahnya muncul tiba.

Comel je, siap menjerit apabila si ayah jenguk dan keluarkan kepala sedikit untuk memandang anaknya itu.

Adam dan ummi dah faham sangat kerja ayah. Berkhidmat untuk negara. We miss you!

Tulis ibu Adam menerusi video tersebut.
@kylieyaa Setia menanti. Dapat tengok dari jauh pun dah cukup happy ❤️ #fyp ♬ Make You Mine – PUBLIC

Untuk rekod, ayah Adam pada ketika itu sedang memandu lori askar yang membawa mesin, jet, kereta kebal, meriam, jambatan sementara ketika musim banjir dan pelbagai lagi.

Sumber: TikTok/Kylieyaa

Netizen ter-menangis juga.

Ada yang tetiba menangis? Jangan risau, itu normal. Sebab kami pun terasa tersentuh dan rasa macam ada bawang di sekeliling.

Alamak aih.

Netizen turut meluahkan perasaan terharu mereka menonton video tersebut. Malah, ada juga yang berkongsi bahawa hanya ayah-ayah sahaja mengerti perasaan apabila anak-anak teruja melihat kepulangan mereka daripada kerja.

Sumber: TikTok/Kylieyaa
Sumber: TikTok/Kylieyaa
Sumber: TikTok/Kylieyaa

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd