MBSA Mohon Maaf Insiden Kakitangan Bertekak Dengan Pelanggan
Pertelingkahan melibatkan kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan seorang pelanggan dipercayai berlaku di kaunter Pejabat MBSA Cawangan Kota Kemuning.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Sebelum ini, tular sebuah video di media sosial apabila seorang lelaki dipercayai kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah bertengkar dengan pelanggan mereka ketika berurusan di kaunter Pejabat MBSA Cawangan Kota Kemuning.
Berdasarkan video berkenaan yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook (Pachai Tazmihan 2.0), pertelingkahan melibatkan dua orang lelaki itu bermula apabila kakitangan MBSA keluar dari belakang kaunter dan menuju ke arah pelanggan berkenaan.
Dalam masa yang sama, seorang wanita dipercayai pengawal keselamatan di pejabat berkenaan juga cuba meleraikan keadaan pada ketika itu.
MBSA mohon maaf atas insiden yang berlaku
Selepas tular video pertelingkahan tersebut di media sosial, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membuat permohonan maaf atas insiden pertengkaran yang melibatkan kakitangan mereka.
Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad memaklumkan hasil siasatan mendapati kejadian tersebut telah dirakam oleh orang awam pada 26 April lalu.
Menurut laporan, kejadian tersebut berlaku disebabkan oleh salah faham berhubung nombor giliran di antara pelanggan dan salah seorang petugas di kaunter.
Namun, salah faham tersebut berjaya diselesaikan selepas pelanggan berkenaan mengambil nombor giliran dan meneruskan urusan pembaharuan lesen perniagaannya.
Pihak MBSA berusaha sedaya upaya untuk memastikan masalah seperti ini tidak berulang lagi dan berharap penjelasan dari mereka dapat memberi gambaran sebenar terhadap isu yang tular itu.
BACA JUGA: Pelajar Tingkatan 4 Dibuli Oleh Senior Gara-gara Berebut Seorang Gadis
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.