Now Reading
Lelaki Ini ‘Wanted’ Lepas Kantoi Curi Kondom Pada Hari Raya Pertama

Lelaki Ini ‘Wanted’ Lepas Kantoi Curi Kondom Pada Hari Raya Pertama

Gambar lelaki berkenaan telah diambil menerusi CCTV.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Seorang lelaki dipercayai telah mencuri sebungkus kondom dari sebuah kedai serbaneka. Ketika kejadian, lelaki berkenaan dilihat lengkap berbaju Melayu dan bersongkok. Dia juga pada ketika itu turut memakai sepasang cermin mata hitam.

Poster lelaki dikehendaki itu ditampal di Eco Mart di PV18, Setapak.

Walau bagaimanapun, sehingga kini pihak kedai berkenaan masih belum dapat memastikan berapa kotak kondom yang telah dicuri.

Netizen berkata dia melakukan perkara yang betul dengan penggunaan kondom, tetapi tidak sepatutnya melakukan jenayah.

Yang lain menyifatkan lelaki itu sebagai bodoh dan dia akan menyesal dengan kelakuannya itu.

Malah, salah seorang pengguna Twitter yang pernah bekerja di farmasi berkata produk kondom dan alatan ‘lainnya’ sering dicuri kerana mungkin mereka malu untuk membayar di kaunter.

curi kondom
curi kondom

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd