Now Reading
Lelaki Ini Kongsi Sejarah Pasar Mini 99 Speedmart Yang Ramai Tak Tahu

Lelaki Ini Kongsi Sejarah Pasar Mini 99 Speedmart Yang Ramai Tak Tahu

Pengasas pasar mini 99 Speedmart iaitu Lee Thiam Wah disahkan menghidap penyakit Polio sejak berusia lapan bulan dan tidak boleh berjalan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Tak kisahlah anda duduk di mana-mana lokasi sekali pun, mesti akan ada kedai runcit berdekatan yang menjadi tumpuan penduduk untuk membeli barang keperluan seperti makanan, minuman dan alatan basuhan serta mandian.

Bila bab membeli barang di sekitar Lembah Klang, memang ada banyak sangat pilihan di pasar raya besar seperti Giant, AEON, Lotus’s, Village Grocer, dan sebagainya.

BACA JUGA: Ini 5 Kedai Serbaneka & Pasar Raya Korea Yang Best Sekitar KL & Selangor. Jom!

Tapi kalau setakat nak beli satu dua barang, kebiasaanya orang akan beli di kedai runcit biasa seperti 99 Speedmart. Tak perlu nak beratur panjang dan boleh dikatakan semua jenis barang ada dijual.

Sejarah di sebalik penubuhan 99 Speedmart

Bila sebut 99 Speedmart, mesti ramai yang familiar dengan kedainya yang berwarna hijau tua, oren dan kuning kan? Yang selalu beli barang di sini, anda tahu tak sejarah dan asal usul pasar mini ini?

Sumber: 99 Speedmart

Seorang pengguna Twitter (Richard Ker) telah berkongsi kisah sebenar di sebalik penubuhan pasar mini 99 Speedmart yang sudah berkembang maju di seluruh Malaysia.

Biodata ringkas pengasas 99 Speedmart

Pengasas kepada pasar mini 99 Speedmart bernama Lee Thiam Wah yang kini sudah berusia 58 tahun. Ketika Lee masih kecil, bapanya bekerja sebagai pekerja pembinaan manakala ibunya seorang peniaga. Lee juga mempunyai 11 orang adik-beradik.

Lee disahkan menghidap penyakit Poliomyelitis atau Polio sejak berusia lapan bulan. Sejak daripada itu, Lee tidak boleh berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain.

Kehidupan Lee sekeluarga agak susah sehinggakan ibu bapanya hanya mampu membiayai pembelajarannya sehingga darjah enam sahaja dan tidak berpeluang untuk menyambung pelajaran di sekolah menengah.

Sumber: Twitter

Lee minat berniaga sejak remaja lagi

Sejak berumur 14 tahun, Lee mula belajar untuk berniaga dengan menjual makanan ringan di luar rumahnya di Jalan Kampar, Klang dan banyak banyak menghabiskan masa dengan membaca buku serta majalah.

Minatnya dalam berniaga itu dipupuk dan mendapat sokongan daripada neneknya kerana beliau mempunyai impian untuk membantu keluarga dan membuka kedai runcit.

Antara kata-kata semangat daripada neneknya yang menjadi pemangkin kejayaan Lee sehingga berjaya adalah seperti:

  • Awak cuma kurang upaya dari segi fizikal, tetapi keupayaan mental masih sempurna.
  • Awak seorang yang bijak dan masih boleh menggunakan tangan untuk buat banyak benda.
  • Belajar untuk hidup berdikari dan mencari jalan dalam kehidupan atau anda akan ketinggalan jauh di belakang.

Impian itu semakin cerah ketika Lee berusia 23 tahun dan berjaya mengumpul duit simpanan sebanayak RM17,000 bagi membuka sebuah kedai runcit dengan nama ‘Pasar Raya Hiap Hoe’.

Sumber: Twitter

Beberapa tahun selepas itu, Lee menjual perniagaan tersebut dengan harga RM88,000 dan membuka satu lagi pasar mini digelar ‘Pasar Mini 99’.

99 Speedmart semakin berkembang maju sehingga kini

Kenapa 99? Bagi Lee nombor tersebut bukanlah nombor yang sempurna tetapi dia mempunyai impian untuk memberikan servis dan perkhidmatan yang terbaik kepada semua orang.

Pada tahun 2017, Lee sudah membuka 1,000 cawangan dan mengambil 10,000 orang pekerja di seluruh Malaysia. Syarikatnya juga telah berjaya mencapai hasil kutipan sebanyak RM2.1 bilion pada tahun 2014.

Sumber: The Edge Markets

Sehingga November 2021, pasar mini 99 Speedmart sudah dibuka lebih daripada 2,000 cawangan sekitar Malaysia.

Walaupun dilahirkan dalam keadaan yang kurang upaya dari segi fizikal serta keluarga yang berpendapatan rendah, kesusahan hidupnya tidak mematahkan semangat Lee untuk bekerja keras dan membina empayar perniagaan yang kini sudah dikenali ramai.

Anda di luar sana, bolehlah jadikan kisah perjalanan hidup Lee ini sebagai inspirasi untuk kekal berusaha mencapai impian masing-masing. Tiada apa yang mustahil kalau kita betul-betul usaha, betul tak?


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd