Now Reading
[Video] Remaja Di Terengganu Bagi Air Percuma Kepada Pemandu Dalam Kesesakan Trafik

[Video] Remaja Di Terengganu Bagi Air Percuma Kepada Pemandu Dalam Kesesakan Trafik

Remaja lelaki di Terengganu itu dilihat menghulurkan dua bekas cawan air secara percuma kepada setiap pemandu yang sesak di Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

air percuma

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Selepas dua tahun tidak dapat balik beraya, tahun ini hampir kesemua rakyat Malaysia ‘balas dendam’ dengan pulang ke kampung halaman untuk meraikan Syawal bersama keluarga dan saudara-mara tersayang.

Kesesakan jalan raya untuk pulang beraya sudah dirasai sejak beberapa hari sebelum pengumuman raya mengejut pada 2 Mei dimaklumkan.

BACA JUGA: Netizen Mulai Kongsi Video ‘Bersidai’ Atas Highway Untuk Balik Kampung

Perjalanan yang kebiasannya mengambil masa selama empat hingga lima jam telah bertukar dua kali ganda lebih-lebih lagi ketika sehari sebelum hari raya pertama. Memang tak boleh nak gambarkan kesesakan jalan raya. Lampu merah sepanjang jalan oi!

Sumber: Portal Berita RTM

Remaja bagi air percuma. Baik betul!

Perjalanan pergi dan balik dari kampung kedua-duanya sama kerana jalan raya tetap penuh dengan kereta-kereta lain.

Disebabkan kesesakan yang tidak dapat dielakkan, beberapa penduduk tetap di kawasan tersebut hanya mampu melihat kesesakan yang sudah lama tidak berlaku sejak beberapa tahun lalu.

Situasi ini sama seperti video yang dikongsikan oleh seorang pengguna di TikTok (@muiithehappy) ketika dalam perjalanan pulang dari negeri Terengganu.

Menerusi video tersebut, sekumpulan remaja dan seorang wanita sedang gigih menuangkan minuman daripada balang ke dalam cawan plastik di tepi jalan untuk diberikan kepada pemandu yang sedang sesak di Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Remaja lelaki di Terengganu itu dilihat menghulurkan dua bekas cawan air secara percuma kepada setiap pemandu.

Ramai puji orang Terengganu baik hati

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen memuji sikap rakyat Malaysia yang baik hati dan pemurah. Bangga bila tengok masyarakat kita masih prihatin dan saling bantu-membantu bagi meringankan beban orang lain.


Semoga sikap positif ini menjadi ikutan dan dapat memberi teladan kepada masyarakat. Sebenarnya senang je nak buat baik dengan orang walaupun dengan hanya sekecil-kecil bantuan tetapi cukup memberi kesan mendalam.

Buatlah baik walaupun dengan orang yang tidak dikenali kerana kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. ❤️


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd