[Video] Kanak-kanak Lelaki Selamba Banding Saiz Perut Dengan Perdana Menteri Waktu ‘Live’
Kanak-kanak itu dilihat selamba membandingkan perutnya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika siaran langsung di televisyen.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Setiap kali menjelang sesuatu perayaan, para VIP dan organisasi besar tidak akan melepaskan peluang untuk mengadakan perhimpunan amal atau makan malam sebagai hadiah kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik serta yatim piatu.
Majlis ini biasanya berlangsung dengan ucapan, beberapa persembahan oleh kanak-kanak diikuti jamuan makan dengan hidangan yang lazat.
Baru-baru ini, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob telah melawat 54 kanak-kanak di rumah anak yatim Rumah Asnaf al-Faez bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma.
Semasa lawatan tersebut, Ismail Sabri telah dikejutkan dengan tindakan seorang kanak-kanak lelaki dari rumah itu yang ‘bergurau’ dan kebetulan pula perbuatannya sempat dirakam secara langsung di televisyen.
biadap budak ni banding perut dia dengan PM HAHAHHAHHAHA !!! pic.twitter.com/TtJ9DIl8Wh
— わ (@najwey) April 28, 2022
Kanak-kanak bernama Adam itu dilihat selamba membandingkan saiz perutnya dengan perut perdana menteri.
Tanpa berasa segan, Adam menggunakan tangannya untuk mengukur saiz perutnya sebelum mendekatkan tangan ke perut perdana menteri untuk membuat perbandingan berulang kali.
Ketika itu, Ismail Sabri kelihatan agak keliru buat sementara waktu sebelum menyedari apa yang cuba dilakukan oleh kanak-kanak tersebut.
Netizen pun terhibur
Di media sosial, ramai netizen terhibur melihat keberanian kanak-kanak tersebut yang bergurau dengan perdana menteri ketika siaran langsung.
Yang kelakarnya, ada juga netizen yang beranggapan mungkin Adam melayan Ismail Sabri seperti datuknya dan itulah maksud Keluarga Malaysia sebenar.
Mereka juga berkata Adam mungkin akan menjadi terkenal suatu hari nanti kerana telatahnya itu dan ada yang siap teringin nak dapatkan autograf lagi ya.
Walaupun kebanyakan rakyat Malaysia tidak berani melakukan apa yang dibuat oleh Adam kepada seseorang yang lebih berusia, kanak-kanak ini telah menghiburkan orang ramai sebelum kita menyambut bulan Syawal.
Idk why but … such a cute interaction😂
— justme (@justmelovei) April 28, 2022
Ini kan Keluarga Malaysia
— Syuk (@shukrihidayat) April 28, 2022
Dah famous nanti minta autograf
— I.Z.Z. (@Izz_Zyy123) April 28, 2022
berani eh dia buat depan depan HAHAHHAHAHA keras kau dik
— Alisshahira (@lalalisssss_) April 28, 2022
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.