Now Reading
Nilai Saham Syarikat Kopiko ‘Meroket’ Gara-gara Elon Musk

Nilai Saham Syarikat Kopiko ‘Meroket’ Gara-gara Elon Musk

Saham syarikat pengeluar Kopiko iaitu PT Mayora Indah Tbk terus naik mendadak selepas Elon Musk memuji kesedapan gula-gula tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Siapa masih ingat gula-gula kafein jenama Kopiko? Manisan ini menjadi kegemaran ramai tanpa mengira usia dan selalunya dimakan bagi mengelakkan mengantuk. Bukan setakat sedap, murah pun ya juga.

Tak pasti kanak-kanak zaman sekarang masih menikmati gula-gula ini atau tidak tetapi Kopiko ini memang sangat popular pada zaman 1990-an dan 2000.

Sumber: detikFinance

Elon Musk ‘jatuh cinta’ dengan Kopiko

Baru-baru ini, jenama Kopiko menjadi perhatian ramai selepas pengasas Tesla Inc iaitu Elon Musk memuji kesedapan gula-gula kafein tersebut ketika menghadiri pertemuan dengan delegasi dari Indonesia.

Menerusi perkongsian video dimuat naik di Instagram (dagelan), Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia Luhut Binsar Pandjaitan dilihat memberikan sepekat gula-gula jenama Kopiko kepada Elon Musk selepas selesai sesi perbincangan mereka.

Sebaik sahaja Elon Musk merasai gula-gula tersebut buat pertama kali, dia terus memuji keenakan Kopiko dengan berkata ‘very good’ sambil menunjukkan isyarat tanda thumbs up.

Ramai jangka saham Kopiko akan meningkat

Video tersebut yang berjaya meraih 1.8 juta tontonan setakat ini juga menerima banyak komen daripada netizen. Ramai membuat jangkaan bahawa nilai saham syarikat pengeluar Kopiko akan meningkat selepas dipuji oleh Elon Musk.

Selepas menerima pujian daripada pengasas Tesla Inc itu, saham syarikat Kopiko iaitu PT Mayora Indah Tbk dilaporkan telah naik mendadak dalam tempoh beberapa jam.

Dengan jumlah pengikut seramai 89.5 juta di media sosial, tidak terkejut jika Elon Musk mampu untuk memberi kesan besar terhadap pemasaran sesebuah produk.

BACA JUGA: Elon Musk Not Joining Twitter Board Of Directors: CEO Confirms


Gula-gula Kopiko

Jenama gula-gula Kopiko keluaran syarikat Indonesia ini telah dipasarkan ke lebih 45 buah negara termasuklah Malaysia dan Amerika Syarikat. Kalau pergi mana-mana kedai runcit, mesti akan terjumpa manisan tersebut yang mempunyai dua perisa iaitu kopi asli dan cappucino.

Menurut Caffeine Informer, gula-gula Kopiko perisa asli dianggarkan mempunyai 20 hingga 25 miligram kafein dalam setiap satunya. Kebiasaannya, secawan kopi mengandungi 100 miligram kafein.

Patutlah bila makan gula-gula Kopiko ini tak mengantuk dan terus rasa segar!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd