Now Reading
Netizen Mulai Kongsi Video ‘Bersidai’ Atas Highway Untuk Balik Kampung

Netizen Mulai Kongsi Video ‘Bersidai’ Atas Highway Untuk Balik Kampung

Memang lain macam kesesakan jalan raya yang dialami pada tahun ini.

Farahin Fadzil

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kurang dari seminggu lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tak sabarnya! Akhirnya lepas dua tahun, dapat juga balik beraya di kampung halaman bersama ahli keluarga dan saudara-mara.

Mesti ramai yang sudah mula mengemas beg dan barang untuk dibawa pulang ke kampung kan?

BACA JUGA: Ini 7 Checklist Barang Penting Sebelum Balik Raya. #5 Tu Penting Oi!

Ketika kita sedang sibuk mengemas untuk persiapan raya, jangan terkejut kerana ada yang lagi ‘laju’. Kita baru nak kemas beg, mereka dah bersesak-sesak di atas lebuh raya untuk balik kampung.

Ramai dah mula balik kampung

Menerusi beberapa video dikongsikan oleh netizen di media sosial, rakyat Malaysia nampaknya sudah mula bergerak pulang ke kampung halaman untuk beraya.

Memang lain macam kesesakan jalan raya yang dialami pada tahun ini.

https://www.tiktok.com/@sheha_recondcar/video/7091207569691217178?_t=8Rr4JPreKSv&_r=1
@tashajacky

28/04/2022 Shah Alam – Alor Star 7.30am . Selamat pulang ke kampung semua!

♬ Up and Away (Vocalese) – GHOSTLAND

Ada juga yang sampai ke pagi buta pun terpaksa hadap kesesakan jalan raya. Kalau macam ini gayanya, macam kena sahur dalam kereta.

https://www.tiktok.com/@whoeika/video/7091337481177550107?_t=8Rr4KlI0Z4z&_r=1

Lama tak nampak jalan sesak balik beraya

Rata-rata netizen beri pendapat berbeza bila melihat jalan raya yang sudah mula sesak untuk balik beraya. Ada yang risau terpaksa hadap kesesakan jalan raya berbelas jam sebelum tiba di kampung halaman.

Ada juga yang agak teruja kerana sudah lama tidak melihat orang ramai bersesakan di jalan raya untuk balik beraya.


Minggu lepas pun jalan raya sesak juga kerana ramai mahu membeli persiapan untuk hari raya sehinggakan nak keluar dari kawasan parkir kereta pusat beli-belah pun mengambil masa hampir satu jam.

BACA JUGA: [Video] Pengunjung ‘Frust’ Hampir Sejam Tersekat Di Parkir Kereta IOI City Mall, Putrajaya

Nak buat macam mana kan? Tak apalah, setahun sekali. Nasihat kami, rancanglah perjalanan anda sebaik yang mungkin bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Jangan lupa pastikan top-up kad Touch ‘n Go secukupnya dan semak keadaan kereta terlebih dahulu okay?

BACA JUGA: Top-Up TnG, Cek Waze & 5 Tips Penting Lain Sebelum Balik Kampung Raya


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

two − 1 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd