Now Reading
Tangmo Nida Disahkan Bukan Mati Dibunuh, Tapi Kerana Kecuaian – Polis

Tangmo Nida Disahkan Bukan Mati Dibunuh, Tapi Kerana Kecuaian – Polis

Siasatan mendapati kematian Tangmo Nida adalah disebabkan kecuaian rakan-rakannya dan bukan kerana pembunuhan yang dirancang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebelum ini wujud pelbagai spekulasi tentang kematian seorang pelakon Thailand iaitu Tangmo Nida yang dikatakan tergelincir dan terjatuh dari bahagian belakang sebuah bot ketika dalam perjalanan ke Jambatan Rama VII di Nothaburi untuk menjamu selera.

Wujud juga dakwaan bahawa rakan-rakannya yang berada di dalam satu bot sama mempunyai agenda jahat dan menjadi dalang terhadap kematian Tangmo Nida atau nama sebenar Nida Patcharaveerapong.

BACA JUGA: TLDR; Kematian Pelakon Thailand, Tangmo Nida Timbul Spekulasi. Apa Yang Berlaku?

Sumber: Yahoo News Malaysia

Tangmo Nida sah meninggal kerana kecuaian

Selepas kes ini disiasat sejak bulan Februari lalu, akhirnya pihak polis telah membuat kesimpulan bahawa punca kematian Tangmo Nida adalah disebabkan lemas dan kecuaian rakan-rakan mangsa.

Kelima-lima rakan Tangmo Nida serta seorang pelatih akan didakwa atas beberapa kesalahan termasuklah kecuaian sehingga menyebabkan kematian, memberi keterangan palsu kepada pihak polis serta menyembunyikan bukti.

Sumber: Chiang Rai Times

Menerusi sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Wilayah 1 di Bangkok, Ketua Polis Leftenan Jeneral Jiraphat Phumphichit memaklumkan pihak mereka gagal membuktikan bahawa terdapat dakwaan kematian itu berpunca pembunuhan yang dirancang.

Walau bagaimanapun, pihak polis gagal mengenal pasti suspek yang harus dipersalahkan sehingga menyebabkan kematian Tangmo Nida.

Pihak polis selesai lakukan siasatan

Semasa satu jam sidang media dilakukan, Jiraphat menjelaskan hanya seorang sahaja daripada keenam-enam suspek yang mendakwa Tangmo telah pergi ke belakang bot untuk membuang air kecil.

Namun pihak polis tidak menyatakan sama ada dakwaan berkenaan adalah benar atau tidak serta tidak menuduh suspek tersebut memberi kenyataan palsu.

Jiraphat juga memberitahu bahawa kes ini sudah selesai disiasat dan tiada lagi siasatan lanjut akan dilakukan.

Sumber: Thai PBS World

Sepanjang siasatan dibuat, sebanyak 335 bukti dokumen dikumpul termasuklah 47 dokumen daripada dua laporan bedah siasat, 88 keping bukti fizikal, 200 video menerusi 70 rakaman litar CCTV dan 2,000 dokumen dengan jumlah hampir 2,500 muka surat.

Tiga orang suspek iaitu pengendali bot dan pengurus kedua Tangmo Nida bakal berdepan hukuman penjara selama 10 tahun dan denda tidak melebihi RM25,397 (200,000 baht) kerana kecuaian memandu bot sehingga menyebabkan kematian.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd