Now Reading
“Ini Yang Saya Rindu, Nak Jadi Orang Biasa” – Siti Nurhaliza

“Ini Yang Saya Rindu, Nak Jadi Orang Biasa” – Siti Nurhaliza

Datuk Seri Siti Nurhaliza menangis di kota suci Mekah kerana sekian lama tak merasa jadi orang biasa selepas berbelas tahun bergelar artis.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap umat Islam pasti mempunyai impian untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah dan Madinah. Kebiasaannya destinasi ini menjadi tempat di mana ibadah umrah serta haji dilakukan.

Bila tiba di tanah suci dengan niat untuk beribadah kepada Allah SWT, segala harta dan pangkat yang dimiliki di dunia akan ditolak tepi terlebih dahulu. Pada waktu inilah kita dapat mewujudkan rasa rendah diri dan hanya Allah SWT berhak disembah.

Siapa sangka perasaan ini sangat dirindui oleh penyanyi nombor satu tanah air iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza?

Siti Nurhaliza rindu jadi orang biasa

Menerusi perkongsian video berdurasi 13 minit 53 saat yang dimuat naik di laman Instagram Siti Nurhaliza (ctdk), penyanyi terkenal ini meluahkan rasa syukur dapat menunaikan tawaf sunat mengelilingi Kaabah sementara menunggu waktu untuk melakukan solat sunat Dhuha.

Dalam video yang sama juga, Siti dilihat mengalirkan air mata selepas meluahkan rasa rindu kerana sudah lama tidak merasa menjadi orang biasa dan berada di tanah suci Mekah.

Ni yang saya rindu sebenarnya, saya jadi orang biasa. Duduk ramai-ramai macam ni, orang tak kenal saya pun. Setiap orang tengah berdoa yang terbaik.

Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Siti telah berangkat ke Mekah pada 24 April lalu bersama pengurusnya Rozi Abdul Razak serta kakak iparnya Datin Zaiton Mohd Jiwa untuk mengejar malam 27 Ramadan dan dijangka pulang ke Malaysia minggu hadapan sebelum menyambut perayaan Aidilfitri.

Netizen pun bergenang air mata

Di ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Siti di kota suci Mekah dan sempat mengirimkan doa.

Ada juga di antara peminatnya yang turut meluahkan rasa sebak apabila melihat tangisan dan luahan Siti di hadapan Kaabah. Kita yang tengok pun terasa sayu juga.


Siti Nurhaliza, penyanyi nombor satu Malaysia

Siti Nurhaliza mula menceburkan diri dalam bidang hiburan selepas menjuarai pertandingan nyanyian Bintang HMI anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1 April 1995 ketika baru berusia 16 tahun.

Nama Siti Nurhaliza mula dikenali ramai selepas single berjudul Jerat Percintaan merangkul trofi Anugerah Juara Lagu Ke-11.

Walaupun usia sudah menginjak 43 tahun, Siti masih bergiat aktif dalam bidang nyanyian dan antara lagu terbaharu yang baru sahaja dilancarkan adalah bertajuk Lip Lap Raya.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd