Now Reading
[Video] Lupa Beri Makan Kucing, Rider HappyFresh Datang Bantu. Siap Tunggu & Kemaskan!

[Video] Lupa Beri Makan Kucing, Rider HappyFresh Datang Bantu. Siap Tunggu & Kemaskan!

Makanan kucing tersebut telah dipesan oleh tuan empunya kucing menerusi aplikasi HappyFresh terlebih dahulu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


“Faith in humanity restored!”

Sebut sahaja ‘Rider’ atau ‘Mat Motor’, perkara pertama akan singgah di fikiran setiap individu pastinya tentang kebaikan dan pengorbanan yang sering dilakukan oleh golongan ini.

Contohnya, pada hujung bulan Disember tahun lalu – ramai rider yang datang ke Hulu Langat bagi membantu mangsa yang terjejas akibat banjir di kawasan tersebut.

Malah, ada juga yang sanggup datang dari Sunway ke Hulu Langat semata-mata nak ikut bagi bantuan kepada mangsa banjir.

BACA LANJUT: [Video] Netizen Bangga Geng ‘Rider’ Hulur Bantuan Mangsa Banjir Di Hulu Langat


Rider HappyFresh bantu bagi makan kucing

Sekitar 13 jam lalu, satu video telah tular di TikTok (fir_114) menunjukkan klip di mana seorang rider daripada syarikat penghantaran HappyFresh dilihat melakukan sesuatu perkara yang buatkan orang ramai terharu.

Dia menerusi klip tersebut dilihat sedang membantu tuan empunya kucing yang terlupa memberikan makanan buat kucing mereka setelah keluar untuk membeli barangan persiapan Hari Raya.

Makanan kucing tersebut telah dipesan oleh tuan empunya kucing menerusi aplikasi HappyFresh terlebih dahulu.

So aku order makanan kucing sekali dengan pinggan dari HappyFresh lepas itu minta tolong rider itu kasi makanan dekat kucing aku.

Pengguna TikTok, Muhammad Firdaus.

Kalau dah pesan makanan, mestilah diingatkan rider hanya akan letak makanan di hadapan rumah untuk diberikan kepada kucing tu, kan?

Tapi lain pula yang jadi kali ini…


Rider hidang makanan, panggil kucing dan tunggu sampai habis makan untuk kemas

Rider tersebut dilihat menghidang makanan buat kucing tersebut, siap panggil untuk makan dan tunggu sehingga kucing itu selesai makan untuk dikemaskan semula.

Baiknya!

Dia tunggu kucing aku makan sampai habis dan tolong kemaskan balik. Semoga diberikan rezeki yang melimpah untuk abang rider HappyFresh ini.

Pengguna TikTok, Muhammad Firdaus.

Tonton video penuh di bawah:

@fir_114

Tolong orang ❌Tolong kucing ❌Tolong Owner Kucing & Si Oyen ✅Terima kasih abang rider HappyFresh 💪

♬ original sound – Muhammad Firdaus

BACA JUGA: Rider Terharu Pelanggan Ajak Berbuka Puasa Sekali Di Rumah. Siap Sedekah Duit Lagi!

Nampak sangat abang rider itu seorang pencinta kucing. Salute!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd